BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rindu.....

Dear Blog,
aku datang lagi kali ni,
aku datang ingin mengadu nasib
pada siapa lagi boleh aku mengadu,
jika aku mengadu pada manusia,
maka akan ditokok tambah lalu menjadi lain ceritanya,
hanya pada mu YA RABB aku mengadu,

Ya Allah,
belum pernah aku rasa rindu sebegini pada luqman,
ye sebelum ni aku akui, ada juga perasaan rindu itu,
tapi aku berlagak kental,
aku kuatkan hati untuk menafikan perasaan rindu itu,
tapi semua itu sebelum kahwin......

Setelah kawin ni, lagi2 diawal fasa mengandung ni,
aku rasakan kenapa la aku rindu sangat2 kat dia,
dugaan demi dugaan yang datang,
membuatkan aku lagi rindu pada dia,

Aku terasa, teringin seperti orang lain,
kebiasaanya, diawal mengandung ni,
pasti ada rasa mahu makan itu ini,
pasti rasa mahu suami yang carikan apa yang kita hajati itukan,
tapi.....
aku hanya boleh memberitahu luqman melalui telefon,
paling2 dia akan ckp, "nanti kita balik kita belikan awk ye"
bila baliknya itu, usah kau tanya la sidot,
dan bila tak dapat apa yang dihajati itu
mulalah, akan menangis.....
"arghhhh sidot, kau lembik, asyik nangis saja".....

Ketika aku diatahan di wad,
arghhh nak sangat2 dia datang,
tapi apakan daya,
bagaimana mahu berhubung dengan dia sedangkan tiada signal langsung
seperti biasa, aku hanya mampu menangis.

Pabila sudah keluar wad, dan dia sudah keluar dari hutan,
aku berharap hujung minggu dia akan pulang,
tapi tidak, oleh kerana kekangngan tugas,
aku terus bersendirian,
terus menjadi penunggu setia...
dan terus menangis..

Minggu ini, dijanjikan lagi untuk pulang,
belum pun masuk pertengahan minggu,
sudah dapat berita dia xjadi untuk pulang,
oleh kerana kekangngan tugas sekali lagi,
apa yang boleh aku katakan,
hanya mampu menangis

Arghhhh, sampai bila agaknya mahu sebegini,
semoga akan datang keajaiban 1 hari nanti.....
berharap dan terus berharap..........

20 JUNE 2012