BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Merajuk............

Salam...
"ingat kau comel ker sidot merajuk 2?"
huh...tolong hentikan muka tak comel kau 2 bila merajuk....
kau 100% tak comel okeh bila merajuk....

Okeh la, marilah kita berbicara mengenai merajuk....
Definasi merajuk dalam kamus diri aku adalah,
dimana kehendak hati tidak dituruti....
Mangsa merajuk adalah
1) MLH
2) Family

Bila merajuk, cuba tengok muka kat cermin,
cantik tak?cantik ker?....
tak cantik okeh...

Tapi, sakit hati r kalau merajuk nih tak dilayan,
hahahha.....
kalau merajuk dah tak dilayan, buat2 la pujuk diri sendiri eh....
Ish entahla, kronik r masalah merajuk aku nih,
Hati macam tisu tandas, hahaha....

Tapi merupakan 1 kepuasan kalau merajuk dan ada orang sudi pujuk,
seronok kan, tapi la kan, rase2 dah lama kot tak kena pujuk
"itu la tandanya kau nih kuat merajuk tak x sidot, malas dah org nak layan kau"
hahaha....
suka hati la, aku suka...tak kacau kau pown kn...


Ini adalah contoh muka Tempoyak Basi aku ketika merajuk, haha

31 July 2011

PENAT

Salam...
aduyai, penat ar...
penat sgt2....
sidot nih mmg ngade2, dlu tak der kerja sibuk nak kerja,
bila dah kerja kau ngadu penat, nak kena debik r kau nih sidot.....

Bangun pagi2
tempuh jammed federal highway, aduyai, tekanan perasaan betul la...
nak kena berebut parking lagi,
kat sana tak boleh parking sesuka hati, nanti tayar kereta kena KETIP a.k.a CLAMP
hahahhaha...

2 3 hari tanpa lappy di opis, aku tengok meja, meja tengok aku
aduyai...
ok la bai, tbe2 dah ngantok, Zzzzzzz....
entry kali ni sumpah malas nk tulis
tapi nak tulis jgk...babai....

27 july 2011

Offer Letter Vs Saman Letter

Salam,
Dalam keghairahan untuk mendapatkan surat tawaran kerja, dengan kadar segera aku meningglkan kereta tanpa berfikir bahawa, petak parking tersebut adalah tidak tertulis nama bapak aku, tidak sama sekali, errrrrr, tapi yang menjadi kemusykilan adalah 23 july 2011 merupakan hari sabtu, jadiiiiiiiiiiiiiiii............perlu ker bayar parking ehhh?jika dikaji, ditelek, tidak perlu untuk membayar kerana hari sabtu, mungkin dia nak bergurau...............fuhhhh tak pasal-pasal kena bayar rm30...


Surat cinta dari DBKL


Disebelah petang pula, pergi mencari selipar jepun
punya la malas nak try,
ambik jerlah, sekali sampai rumah rupa-rupanya kiri, kiri...
aduyai, malam itu juga bergegas untuk pergi tukar, haha...


Taraaa, tengok 2, kiri kiri, cacat betul...


Ini barulah betul
(amaran keras:sumpah bukan niat aku nak menunjuk aku beli selipar jepun baru, tapi betul sebab dia jarang berlaku, okeh lah bai...)

24 july 2011

24 Tahun...

Salam. hari ini umur saya sudah menjangkau 24 tahun, ehhh, dah tua kau nih sidotttt tapi perangai macam dina, hahhaa, Tepat jam 1.05 pagi 21 julai 1987 aku dilahirkan seberat 3.5 kg, hah gemuk kan, tengok la sekarang, masih gemuk jugak kau nih sidot tak pernah kurus, hahha... Mama kata lahir aku tak selalu nangis, nurse-nurse panggil aku "bam" sebab aku tembam kot, hahhaha bila aku nanges, suara aku besar, hahha masa baby, asyik demam jer, rupanya2 baru dapat tahu aku sakit jantung berlubang, huh, kesian kau sidot..... Seperti biasa lah, hari lahir seperti juga hari-hari biasa cuma terasa macam artis sekejap sebab wall Fb ramai orang wish, biasalah lah ramai peminat kan, hahahhahah boooooooooo, perasan la kau nih sidot, hahahhaha.... Tiada majlis besar-besaran, majlis di tepi kolam renang, saya pakai dress, jangan nak perasan la sidot, kau bukannyer Nora Elena pown, hahahha sambutan kecil-kecilan bersama family tersayang itu sahaja, Dalam masa yang sama saya dapat panggilan saya diterima berkerja, alhamdulilah, ini memang apa yang aku tunggu-tunggu sebelum ini, akhirnya termakbul juga, alhamdulilah.... lepas nih tak payah malu nak pergi pasar malam untuk jumpa pakcik yang kepochi 2 yang selalu nak tanya aku dah dapat kerja ker belum tu hahah, siap kau pakcik, hahah....


Tiramisu cake, Bread's Story

Sambutan ketika aku bangun tidor, haha, muka selebet...


22 july 2011

Hah Ingat pun....

Salam,
hyper active pulak hari ni sampai 2 entry dalam 1 hari
giler over ko nok....
hahha...

Okeh, sedang berborak-borak melalu telefon dengan MLH postmorterm hal semalam
tiba-tiba dia cerita tentang tarikh lahir aku, fuhhhh waaaa cakap sama lu beb, dia ingat la, hahahha
kalau korang nak tahu, sepanjang 3 tahun kami berkenalan, dia tak pernah pun ingat tarikh2 penting, jika tidak percaya, rujuk entry ini
(http://pelangipetang-syahidah.blogspot.com/2011/02/lupa-atau-buat-buat-lupa.html)
Dia memang tak pernah nak ingat
bila dia menuturkan dengan betul tarikh lahir aku, siap aku tengok balik phone, ehhh aku silap dailkah?eh?betul2, tak salah, hahhaha, akhirnya dia ingat......

18.july 2011

Degilkah saya?

Salam,
dalam beberapa hari usia akan menjangkau 24 tahun
(fuhhhh sudah tua kau nih sidootttt)
sedang borak-borak dengan mama, "umur dah tua"
tapi perangai DEGIL masih xpernah nak ilang....

Ehhhh, aku degil ehhh?
aku tak rasa pun haha...
"kau jer tak rasa kau tu tak degil, tapi kau memang degil sangat2"
ada jer benda nak melawan....

Tapi aku rasa aku tau kot benda apa yang mama maksudkan tuh
aku nih kan memang kaki merewang, ukur jalan, balik lewat, call2 tak nak jawab
itulah aku, hehehhe...

Mama kata lagi, "ubah-ubah2 la perangai kaki jalan awak tu"
"nanti dah berlaki pun, laki takder jalan jer kerja kau"
hahahhhaha, macam tau-tau jer kan mama nih...
Tahla, memang dah habit kot, aku tak boleh nak terperap jer kat rumah nih, sakit kepala ehhh....
hahha, kronik kan aku nih................

18 july 2011

Kisah Janji

Apakah definasi Janji pada anda?
adakah Janji itu sejenis makanan yang berupa kerepek?
sudah tentulah bukan...

Hari ini marilah kita berbicara menganai janji...
apakah anda rasa gembira bila janji dimungkiri?
gembira? seolah-olah mahu berjoget?begitu kah?

Maaflah, sudah menjadi kepantangan bagi hidup aku bila janji dimungkiri diatas sebab2
bodoooooohhhh....

Si luncai hanya pandai berjanji, tapi bila nak menunaikan?
1001 alasan dikeluarkan, fakta yg berupa auta juga diputar belit....
bagus, macam ular sawa yang suka membelit.....

10 patah kau cakap 1/2 patah pown aku xkan pernah nak percaya....
blueweeeekkksssss.......................
bila marah, marilah tekup muka dengan bantal dan jerit kuat2, ambik kunci kereta and blahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...k bye.............

kling kling aiskrim asikrim !!!

Salam hello korang...
Aksi terlampau dimana aku membuat ice cream ini adalah gara-gara aku selalu ambil si kecik dina dari sekolah....
Menelan air liur aku melihat kanak-kanak itu memakan ice cream malaysia ini, lantas
aku membuatnya...

Hahahha...beginilah rutin harian si penanam anggur
asyik kebosanan...lalu aku mengambil ini sebagai aktiviti berfaedah
aku terfikir untuk menjual hasil tangan aku ini didepan sekolah rendah
Kau orang rasa laku tak?
hah?laku tak erk???
ye lah, aku kn pengganggur, jual ice cream lagi bagus, dapat la lepas duit minyak kereta, hahaha...
idea gila si sidottt nih....
kalau agak-agak terjumpa aku jula ice cream di depan2 sekolah, jangan gelak kn tau, muhahahha...

Dulu time kecik2, selalu lah beli kt sekolah, sebelum naik van sekolah mesti beli
dlu harga seposen jer, skrg mungkin dah tak dapat kot kan...
hahah, ok lah jika nak buat pesanan ice cream untuk bulan puasa silalah email saya, saya akan bagi freee pada bulan puasa hanya waktu tengah hari, waktu lain seposen...hahhahaha...



Guna milo 3 in 1 jer,


Plastik icecream cap KING KONG



Icecream yang siap dibungkus

Masuk dalam freezer untuk tggu dia beku


Taraaaa dah beku, okeh mai beli mai beli, seposen..

Babai hagen dazs..aku nak makan icecream milo..nanti laen hari i makan u okeh...








12 july 2011

KipasLipas


Kipas apa?
Kipas Udang?
Kipas syiling...
hahahha...
ehhhh lupa nak bagi salam, Salam korang semua...

Okeh tiba-tiba terasa teringin mengadakan lawatan sambil belajar dimana MLH sedang belajar...
Seperti biasam jika di zaman pelajar lagi, jika aku mahu mengadakan sesi lawatan,
aku akan bertanyakan soalan wajib ini

aku: nak kirim apa-apa tak?

MLH: nak kirim kipas boleh tak?

aku : hah kipas?erorr sekejap, ulang suara balik,

MLH :kipas angin la sayang, kt sini panas

aku: haaaaaa....perlu gelak ker perlu kesian?

Jika pasangan kekasih lain meminta benda yang lebih materialissss, tapi MLH minta kipas...
kedengaran pelik, tapi bila difikir-fikir, ooooo manisnya...(suka hati aku la, aku tuan tanah disini)
memang semalam tak sempat nak beli, lalu berfikir beli saja disana...



Taraaaa, dah beli kipas, tapi murah aja, jika aku banyak wang, aku tidak belikan kipas, aku belikan penghawa dingin terus hahahha, suka hati kau jer sidottt...

Muka suka hati lepas dapat kipas,

Gambar hiasan semata-mata, dimana tuan tanah sudah kemaruk untuk menggedik di Kamera












Okeh la, oleh kerana aku makin ketandusan idea, sampai disini sahaja,berjumpa lagi dilain episod bersama pengacara anda sahidoooot....okeh tata...nk qada' tidur....Semoga MLH tdo lena malam nih dengan kipas, dimana angin sepoi-sepoi dari kipas murahan itu diibaratkan seolah aku yang mendodoikan dia, bluuuwwwwweeekkkksss, gila gedik la kau nih syahidah ishak...okeh nk blah, babai...Salam

10 july 2011

Tidak Cukup Aman kah?

Kenapa perlu ada mereka yang mahu mengganggu gugat keamanan yang sedia ada ini?
Adakah mereka-mereka ini tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada jika dibandingkan dengan negara-negara lain?
Politik jalanan bermaharajalela...
Tidak kah mereka fikir akan sebab dan akibat perbuatan mereka itu?
banyak pihak akan susah dengan apa yang cuba mereka lakukan
perniaga rugi ratusan ringgit, si pemandu teksi tidak ada penumpang, apakah ini semua?
lupakah mereka bagaimana susah pemimpin-pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan?
Lupakah mereka?

Mahukah kita menjadi seperti negara jiran?
Puak baju merah, puak baju kuning?
Kekacauan berlaku, pertumpahan darah berlaku?
sektor ekonomi menjadi lemah, pelancong menjadi takot untuk berkunjung
seperti itu kah yang mereka inginkan?
sudah bosankah mereka dengan keamanan yang ada sekarang ini?

Wahai bangsaku, wahai rakan seagamaku, sedarlah
apa yang kamu semua cuba lakukan ini tidak betul
mengapa kita perlu mengikut telunjuk si dia,
hanya bangsa kita yang memekik-mekik
sedarlah....

Jangan sampai negara kita tergadai dek kecetek kan akal segolongan pihak..
Bersihkan lah minda anda...
Bersihkan lah fikiran anda....

Ehhhhh, dah bosan la....

Kesayangan mimi, dia tanya lagi, "mi antara saya dengan uncle luqman, mi sayang sapa?mi sayang 2 2"

(keluar2 dari bilik dia cakap, "mi saya ada kejutan untuk awak,"rupa2nya dia tulis benda nih...tq darling...)

Ketika bersama si kecil Dina dialam kereta, tiba-tiba dia mengajukan soalan begini kepada aku

Dina : Mi sayang uncle luqman tak?

AKu: Sayang lah, kenapa?

Dina : Mi selalu gaduh tak?

Aku : Selalu sangat mi gaduh dengan uncle luqman

Dina : Mi, kalau sayang tak baik la gaduh,kalau sayang kena la baik-baik, jangan gaduh2
(owwwhhhh bukankah comel nasihat dari sikecil 8tahun ini?)

Dan tiba-tiba aku terfikir seketika, betul juga cakap si kecik nih...adakalanya aku pun sudah naik bosan, asyik gaduh gaduh pastu okeh balik, entah apa-apa kan...arghhh lantak lah, kalau tak gaduh tak jiwa remaja la kan...Tapi kalau gaduh, yang pasti aku ada backup besar...
hahhah....

Tapi jujur aku cakap, letih la nak gaduh-gaduh, bosan tau tak...macam dah tak der modal...tp aku kot yg suka nak cari pasal, hahahha...gaduh pown pasal benda yang sama jer...K la bye, xder idea dah...jap lg nk jemput si kecik dina dari sekolah, makin suka plak mimi dia ambik...

8.july 2011...