BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Lady Driver

Pernah kah anda mendengar streotype yang PEMANDU WANITA
ini kurang ajar??........

Selalu bukan ,kita akan dengar orang mengatakan yang kaum hawa ini samseng dijalan raya,
jika anda sebagai kaum hawa, adakah anda boleh menerima persepsi seperti ini?
jawapannya tidah semua pemandu perempuan begitu, kerna pada saya, PEMANDU WANITA
LA YANG SERING DIBULI

Sebagai contoh yang selalu terjadi kepada saya

1) Bila mahu menukar lorong, walupun sudah memberi signal, walaupun kepala sudah masuk separuh, bila melihat wanita, terus tekan minyak tak nak bagi masuk, (tidak semua pemandu yang tak bagi)

2) Bila melihat pemandu wanita membawa kereta sedikit mahal atau sedikit lebih laju dari keupayaan kereta beliau yang seperti MOTOBOAT diatas darat itu, dengan sengaja dia akan menekan-nekan minyak seolah-olah mahu ajak bertanding, "aku pown apela la lagi, yes broo, mahu lawan??nnt lu makan asap jer, muhahhaha"


Tapi tidak la dinafikan, adakalanya perlu jugak nak jadi pemandu yang kurang jar untuk melawan mereka yang "terlebih ajar nih" bila mereka rasa jalan raya ini serupa ayah mereka yang punya, time itulah kita perlu melawan.............


Tuesday, 24 apr 2011

24 jam..

Tidak sampai pun 24 jam berada di kediaman,
sudah tergesa-gesa perlu pulang...
Ini adalah akibat daripada berpacaran dengan si TENTERA..
selalu tiada masa masa untuk berjumpa lebih dari sehari..
hahaha...
Tak apa lah, walaupun berjumpa hanya 2 3 jam,
sudah terhibur rasanya, bila dihitung-hitung
bila agaknya mahu berjumpa, jawapannya, senang sahaja,
"hmmm tunggulah dan tunggulah"..
jika dizaman pelajar dahulu, senang hati sahaja
minggu ini jumpa, minggu depan jumpa lagi,
jika sekarang.....KIRIM SALAM , mahu berjumpa tiap-tiap minggu...
TIDAK AKAN!!!...

Semalam jemput sahaja di airport, terus hantar pulang
Tadi, jumpa sekejap, gedix2 bergambar, terus pulang, uwarghhhh...
Kesian dia...
"tak perla awak, dah tugas, nak buat macam mana..."
nanti jumpa lagi...
Terima kasih Ole-ole dari SABAH yer...













Ole-ole dari sabah..tq...



Sunday, 17 april 2011..

Rama-rama didalam perut

Hallo blog..
lama sungguh tidah singgah disini rindu kau lah blog..
.tiada idea menarik mungkin.

Hujung minggu yang tidak berapa nak seronok
sudah rancang-rancang mahu ketemu rakan-rakan,
tapi disaat akhir, terpkasa dibatalkan,
atas sebab, menjadi PENJAGA kepada irfan dan irdina
seronok juga, layan karenah mereka.. maaf yer kawan-kawan...

Tapi........ wehooooo, ISNIN sudah kembali selalunya isnin pasti akan ada sympthom seperti

1) arghh malas sungguh
2) Ngantok sungguh
3) Cepat sungguh hujung minggu berlalu
4)Dan sungguh-sungguh yang seangkatannya lah

Dengan kata lain, ISNIN adalah hari MALAS Tapi tidak tahu mengapa kali ini sedikit berbeza perasaanya gembira, tiada perasaan malas, terasa mahu tersenyum sahaja "tapi nanti ada orang kata kau gila sidot" muhahahha... tersasa seperti ada rama-rama didalam perut ini, yahoooooo...................... "napa kau happy ni sidotzzz??" betul-betul tidak tahu kenapa saya happy ini... wehoooooo............

Monday, 11 april 2011

Cerita Zaman Kanak-kanak

Semua orang pasti melalui alam kanak-kanak bukan
Alam dimana kita comel, apa yang dilakukan segalanya kelihatan comel
tapi jangan cuba lakukan perangai kanak-kanak bila anda sudah didewasa
kelak anda akan dibenci, kerana perbuataan tersebut kurang comel,

Alam kanak-kanak kita selalu gembira
walaupun letih, pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam mengaji
penuh bukan jadual, cuba bandingkan dengan zaman di U, jarang untuk ada class yang penuh sepanjang hari, jadi, zaman kanak-kanak lagi memenatkan sebenarnya...
Tapi, alam itu seronok, mahu diulang kembali rasanya...

Alam kanak-kanak aku berbeza dari yang kanak-kanak lain
saya mempunyai masalah jantung berlubang, mahu main apa-apa juga tidak boleh
malah mahu berlari berkejaran juga tidak boleh, hanya boleh melihat dari jauh sahaja
ketika itu terasa mahu sangat menaiki basikal, mahu sangat basikal sendiri
ketika itu arwah nenek berjanji, kalau saya berani untuk jalani pembedahan jantung
nanti dapat basikal, hoooorrayyyy, gembira sungguh
akhirnya, dapat juga, setelah sihat keliling kampung ronda-ronda dengan basikal

Aku memang nakal, suka berbasikal keliling kampung
masih segar dalam ingatan, arwah nenek akan tunggu dihujung simpang
dengan batang pokok jambu dan dia akan melibas, zaPPPpppp, cuba untuk mengelak
bedebek jatuh, rabak lutut, hahahha, 1 lagi peristiwa, bila turun bukit, gagal untuk mengwal basikal, berdebushhhh, masuk longkang terus, hahahaha, dan 1 lagi peristiwa tak dapat nak lupakan adalah, aku Lastik mata sorang budak lelaki ini, apabila dengan sengaja dia memangil aku SINGA kerana rambut aku kembang, cisssssss, apa lagi, hambik kau, lepas lastik lari terus balik nyorok belakang almari, mama tanya kenapa, aku pun cerita aku sudah lastik dia, mama pergi mintak maaf pada ibu beliau, CIKGU AMNA, hah nama anak dia aku lupa, tapi memang puas hati, hahahahhaha

Hah bukan aku seorang sahaja yang nakal, en.bf juga sama,
bila mendengar kisah kanak-kanak beliau dari ibunya, terhibur juga
hahahhaha.........

1) Dia pernah tersangkut kepala pada pagar rumah jiran, ketika 5 tahun, "kecik nyer kepala awk, boleh lepas masuk kat celah pagar tu??" ish2...

2) Terkena paku dikepala, ketika sedang bermain, adoiii, xsakit ker,

3) Megepit ekor kucing,dengan apa tidak pasti, kucing itu tidak berhenti "menjerit", hahahha,

Hah banyak lagi, seronok bukan jika difikir-fikir pada zaman kanak-kanak, tiada masalah, apa dibuat comel belaka..cuba kau buat sekarang, masukkan kepala dicelah pagar, lastik anak orang, cuba la buat, silap2 kau balik kena lastik,hahahahhahaha,


Sunday, 3april 2011