BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ri Ra Pu Sa

Dari ribu
Ke ratus
Ke puluh
Ke sa
Alhamdulilah, hari yang aku tunggu hampir tiba
Dan sekarang, hanya tinggal 3 hari,
Mohon segala urusan dipermudahkan,
Bukan nama yang aku cari,
Bukan glamour yang aku cari,
Cukupla segala urusan berjalan dengan lancar,
Para tetamu dating dan pulang degan perut yang kenyang,

"ya allah, permudahkan la segala urusan walimatulurus kami, jauhi la dari segala kejahatan yang boleh membawa cela pada majlis tersebut"

Curi Kasut

Tajuk entry nak gempak jela ko sidot....

Tara.....
Ada cerita disebalik kasut ni, sebenarnyer, aku nampak ada sorang pengantin pakai kasut ni time dinner di Al-Rawsha bulan lepas, time tue si pengantin bersiap di surau, aku pown tengok la dia bersiap, sekali terpandang akan kasut yang dia nak sarung tue, paappp, terus jatuh cinta pandang pertama, terus nak buat muka tak malu p tanya.

Eh tapi aku xgila nk pegi tanya, cuma tiba2 buat2 dekat kat pengantin tue dan ternampak dia pegang kotak ini

So aku tau mana dia beli, pantas google ade branch, okeh ada di alamanda, dan ketika beli merupakan hari anniversarry jadinya aku minta sebagai hadiah, so pau MLH, aku bajet RM300, lebih aku xmampu, so ble sampai di Alamanda, terus nampak and grab, heeee, promoter tue kata, every outlet come with 1 size, untung kasut nih masih rezeki aku, ade pula size 6, syukur....


Nota Kaki,
sori cik pengantin al-rawsha, aku curi kasut cantik ko, tapi curi idea jer, beli dikedai, heeee


15 march 2012

Malas nak layan awak !


Awk,
bukan kita tak nak mesej awak,
kite saje jer, sebab nk biar kita rindu sangat2 kat awk,
kita jumpe nanti 31 march,

Awk,
bukan kita tak bagitahu awak mana kite pegi,
tggula awk jd suami kite, hari2 kte kena lapor diri

Awk,
bukan kita tak rindu awk, kita rindu sangat2,
tapi berlagak kental,kite tggu awk 31 march nih,

Awk,
bukan kita tak sayang awak,
cume memang saja nk biar awak cari2 kita,

so awak jangan lah kecik hati eh, saje jer.....

Kain Koyak

Pernah tak dengar pepatah, JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG?
pasti pernah bukan,
beginilah, sejak dua menjak ni, aku perasan, wujud golongan dimana
dia hendak memperbetulkan orang sedangkan diri dia sendiri tak betul,
so layak ke kita dengar nasihat dia eh?

Bukan main kau mengeluarkan fakta seolah-olah kau lah ustazah pilihan,
tapi hakikatnya, kau juga jalan senget,
bukan maksud entry ini nak menunjukan aku tak boleh ditegur,
tapi, bila nak menegur orang, fikirlah diri sendiri, sempurna kah kita untuk menegur orang?

Memang niat kau baik cuba menegur,
tapi, sudah cukup kau buat kajian tentang diri kau?
kau menegur orang, batas batas pergaulan lelaki dan wanita dalam islam,
tapi bila di godek dalam facebook ko, wowwww, gambar lentok sana, pegang tangan segala,
hmmmmm, islam benarkan kah berbuat sedemikian rupa sebelum kau sah bergelar suami isteri?
tidak bukan?

Aku mengaku, ilmu aku tidak banyak mana,
tapi aku masih boleh membezakan mana baik mana buruk.....

1 hal lagi, tabiat suka nak blocked orang di fb, twitter mahupun BBM,
apa salah pown tak tau,
mungkin setelah sipemBLOCKED kaji di FB
yang si mangsa blocked ini ade sedikit lebih dari beliau,
ehhhh, perangai macam budak tadika tahu tak,
cm dulu umur 5tahun "oooo, ko ade basikal baru, aku tak nak kawan ko"
okeh seumpama ini la perangai ko,

Dan 1 hal lagi, bila kau beri pendapat, semua orang perlu kata YA pada pendapat kau,
sedangkan pendapat kau tue ada yang menguris hati dan perasaan orang kau tak sedar....
hmmm begitu la manusia, tak boleh tengok orang lebih sikit,
pasti PHD keluar,
udah2 la tu jah, tak guna berdengki khianat nih, allah xsuka tahu tak,
so 1 je la aku nak cakap, adalah lebih baik kau tengok kekurangan diri ko sebelum kau tengok kekurangan diri orang lain....sekian....

7 march 2012

kite tunggu awak....

Comel tak MLH sy?hahaha...(sila lah cebik bibir)...
MLH dah pandai eja nama aku dengan betul, tahniah awak,hahah....
pada tarikh entry ini, ada lebih kurang 25 hari lagi....

Hati-hati okeh awak drive balik kuantan malam nih,
ikot hati xnak bagi awak balik malam nih,
bahaya, gelap, nanti awak mengantuk mengantuk,
nanti awak bedal bawak laju2,tambah lagi koleksi saman
nak buat macam mana, awak terpaksa balik jugak...

Kita doakan perjalanan awak selamat dan selalu dilindungiNYA,
kita doakan semua urusan borang kita dipermudahkan....

Kita tunggu awak 31march nih,
xsabar nak tengok awak pakai baju melayu putih tue,
heeeee......




5 march 2012

Wedding Checklist

Kau orang percaya tak,
aku tak ada wedding checklist?
percaya x?
percayalah kerana ini adalah kenyataan...

Tiada checklist seumpama "artis"
cuma benda penting yg telah terlist di dalam kepala hotak...
yang remeh2, maaflah, gua xmampu...
aku nih pengantin bajet....

Bukan xnak yang glamour2
tak pela, kan pepatah dah cakap ukur baju dibadan sendiri,
so sedar la diri kn....
xpelah, asalkan aku gembira....

Guest Checklist juga aku tiada,
semua pown dengan seikhlas hati aku jemput,
tak perlu nak membeza2 kn sesiapa....