BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rasuk

Haloooo.....
"kau orang pernah kena rasuk tak???aku pernah, kat kem PLKN, eeeeee, ngeri okeh,"
hahahhahah.........
tapi yang aku nak cerita kali ni bukan dirasuk oleh hantu...

Semalam aku dan atien mengadakan aktiviti ukur jalan kat PYRAMID
nak kata kaya, memang tengah SENGKEK la kot, ada la sikit-sikit duit
hajat hati nak lunch jer kt FULLHUOSE tu
tapi bila dah habis lunch, tiba-tiba kena RASUK, masuk kedai semua pun cantik
nak kata SALE, tak der la sangat
arghhhhh memang macam kena PUKAU
laju jer berjalan ke ATM, keluarkan duit tanpa FIKIR panjang dan terus MEREMBAT apa yang dipegang..

Ish2, memang mental betul la...
tapi lagi hebat si atien nih
aku tukang kipas belakang
semua pun cantik, hahahha, so dia pun REMBAT jugak..
kahkahakah....
"kenapa macacm berpusing-pusing kau cakap nih shidot???tak faham la"
hhahahahaha....

Bila dah masuk kereta masing-masing saling berpandangan dan

ATIEN: akak apa kita dah beli nih???

AKU: hmm tak tahu, tiba2 mcm terfikir, errrrr tak penting pun apa aku beli nih

tak perla, sekali sekala, bila nak balik, bukak PURSE tggl RM1 and adela sen2...nasib baik lepas bayar tol FEDRAL HIGHWAY TU, muhahahahha, kalau tak???kan malu.....INGAT TU, jangan gila sangat....hahahhahahha



baru sampai, masih dalam keadaan NORMAL...


menu kami...atien makan salad jer,






ok, bila sudah lupa diri,


tengok, atien dan apa yang telah dirembat, MNG+TopSHOP n 1 lagi apa erk???


Dicatat pada 28 feb 2011, 22:08

HKK

HKK
Hari Kraft Kebangsaan...
awal minggu lagi mama dah ajak ke sini
errrr, layankan jer la....
"aku kan memang tak boleh nak duduk diam kat rumah"
muhahahhaha.....

Lokasi: KOMPLEKS KRAF JALAN CONLAY


mereka terpersona dengan cara-cara MENENUN


menganyam MENGKUANG, okeh sempat juga merembat disitu


okeh, masuk booth nih dah tak nak keluar, okeh mama suka yang ini


terpengaruh pula dengan yang hitam, hmmm yang mana erk???

sedang memikirkan, yang mana lagi cantik, finally, yang ORANGE jadi pilihan

mine...sekali jer pilih...cinta pandang pertama...


gedik...


ini untuk abah, cari yang sepasang dengan mama...


okeh, disini, abah dapat apa yang dia nak...PARANG

"baik2 yer abah, tajam tu"


okeh tak tahu nak pilih yang mana 1...


pak cik nih dari sarawak...

Lepas beli barang abah, terus balik, banyak part tak masuk, sebab dah penat..
hahahha...
tapi seperti biasa, aku memang tak pernah penat kalau berjalan

Sampai rumah drop by mama dan abah
aku continue jalan ker JJ dengan CIK DAH
ade sales 15% every items for privillage card...
so merayap lagi....
hhahahhaha......

Perut krooooohhhhh2...mintak diisi
cik dah nak makan secret receipe
tapi....biasalah awal bulan, hahahha
ramai orang, terpaksa la menunggu dan menunggu...
"oiiiii shidotttt, ko minggu nih makan bukan main, memang kau gemukkk"
ok2 nextweek akan jaga sikit makan...

Ok, bila cakap nextweek, tiba2 rasa sedih
en.bf tak jadi datang KL
errrrr, sabar jer la.....
tarik mucung panjang........

Dicatat pada 26feb 2011, 20:59

Lupa atau Buat-buat Lupa....





Dear Blog...

Hari ini 3rd Anniversarry aku dan en.Bf...

(in relationship)

Tapi, dia macam tak kisah jer???

"kau rasa dia betul-betul tak ingat atau dia malas nak ingat??"

eh bukan sama ker maksudnya tu???


Malam tadi, aku tunggu la, kot2 ada ucapan bermadah-madah ker???

tapi yang ada adalah SUDAH LAH SUDAH (DALAM NADA LAGU KHATIMAH CINTA)

"arghhhh berhenti berharap, dia LUPA LAGI....."


Jangan kan kata ANNIVERSARY, tapi BIRTHDAY aku pun dia lupa

SAYA : "awak, birthday kita berapa hari bulan????,

EN.BF : 30 july (tahun pertama)

20 july (tahun kedua)

kedua-dua tahun ini, beliau menjawab dengan begitu YAKIN sekali...


SAYA : errrrrrr, bila masa mak aku beranak kn aku 20 july???, eh awak silap orang nih...

EN. BF: eh2, silap2, berapa hari bulan erk sayang???eh sayang nak apa erk tahun nih???terus tarik muncung panjang, sampai boleh gantung hanger.....eeeeeee, geram2....

Bukan nak kata en.bf, BAPAK aku pun sama okeh, "abah, hari ini birthday abah, owh yeker, lupa la..." hahahhaha....

Tak perla, walaupun awak tak ingat, kita tau banyak benda lagi awak nak ingat...tapi tahun ni, kita belum tanya, lagi kat awak, birthday kita berapa hari bulan, agak-agak awak nak jawab berapa hari bulan pulak???hahahahhaahha....Kita tau awak akan baca, lepas tu mesti awak tak akan lupa lagi kan?kahkahkahkahkah...







Dicatat pada 24 feb 2011, 9.25 am



Sakit..........

Dear Blog...

aku sakit, aku sakit

kenapa dan kenapa?????

lama dah kau tak datang wahai sakit, pergi la main jauh2 dulu

aku perlukan komitmen untuk kerja nih.......



Sakit, sakit, kali ni kau betul2 sakit

mencucuk-cucuk

"pergi hospital la syahidahhhh!!!!!"

arghhhh tidak mahu, nanti kena tahan wad lama-lama lagi

tak mahu-tak mahu...

"kau nak tunggu kau pengsan baru nak pergi hospital"???

errrrrrrr, sedang fikirkan.......

Turun Harga

Dear Blog...
Masih kau ingat enrty aku pasal jam idaman hati tu???
Kau mesti lupa kan???
tapi aku tak lupa....

Tadi jalan-jalan sendirian kat TS
memang tak ada arah tuju
bangun-bangun tidur terus jer keluar
"adakah itu SLEEPWALK"
tapi jauh pulah terWALK
hahahahhaha...
tindakan luar kawalan betul.........

Memang kedai jam tu ada aura
dia panggil2 aku untuk tengok lagi jam tu
okeh melawat sat, kot2 dah turun jadi RM300 ker, hahahah
sekarang jugak aku rembat
"yeayyyyyyyy, memang dah turun, tapi, RM130 jer"
kecewa....harga asal RM840, sekarang RM710
masih tak mampu beli.....
nak tunggu jadi rm300 bila la pulak kan???
10tahun lagi?
hahahahhaha

Dicatat pada 19 feb 2011, 21:17

Pandang ke Bawah

Dicatat Pada 17 feb 2011 at 9.00 AM

Lumrah Manusia,
semua selalu memandang yang diatas
jarang untuk kita memandang sesuatu yang dibawah....

Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja,
di MRR2, tiba-tiba hati kecil saya ini betul2 tersentuh
apabila melihat sepasang suami isteri yang hampir menjangkau usia emas,menolak motorsikal mereka yang pancit, "owh sangat kasihan", jauh juga mereka perlu berjalan, yela mana nak cari KEDAI MOTOR, ditengah2 MRR2 itu.

Dan tiba-tiba apa yang mama selalu cakap terlintas kat fikiran ini, maklumlah, saya ini orang yang kuat merungut, jarang untuk bersyukur dengan apa yang saya ada.

Mama selalu pesan, kita kena selalu tengok orang yang selalu ada dibawah.....

"bila awak ada kereta,bersyukurla....orang lain tu ada motor jer"

"bila awak ada motor, bersyukurla...orang lain tu ada basikal jer"

"bila awak ada basikal, bersyukurla...sebab orang lain tu, mampu jalan kaki jer"

"bila kita hanya mampu jalan kaki, bersyukurla...sebab orang lain tu tak ada kaki untuk berjalan......

Jadi, bersyukurla dengan apa yang kita ada,jangan selalu merungut, sebab bila kita ADA, kita lihatla orang yang TIDAK ADA...

ASAL-USUL HARI KEKASIH

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah diceritakan mengenai asal-usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 Masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St Valentine dengan menganggap beliau seorang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Antara sejarah lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis pula menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Islam menyeru seluruh umat Islam, khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.

Berikut ialah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada hari kekasih:

Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

Menghantar kad-kad ucapan tertera kata-kata Valentine’s Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap – menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.

Menulis ucapan kata-kata cinta pada kad yang diutus dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ia juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

Kebanyakan negara Barat, parti-parti yang diadakan disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakannya menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

Menghantar pesanan ringkas kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan hari memperingati kekasih sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut

(EHSAN DARI, PUSAT KEFAHAMAN ISLAM AKI)

Awak ingat lagi tak???

Awk ingat lagi tak???
tempat mula-mula kita dating kat mana???
kita pakai baju apa???
masih ingat tak???

Awk ingat lagi tak???
dulu mula-mula kita kenal, masing-masing tak ada kereta???
errrrr, dating naik train jer,
nanti awak akan tggu kat station Hang Tuah
tapi kita selalu lewat
nanti awak tarik muka....
awk ingat tak???

Awk ingat lagi tak???
bila awk dah ada kereta
awk bagi kita pakai
sebab kesian kita pergi class jalan kaki
tapi kita rosak kan kereta awak
kita langgar tembok, abis pecah semua
kita cuba rahsiakan dari awak, tapi terbongkar jugak
awak tak marah, tapi awk diam jer
kita tau, bila awk diam, awk marah sebenarnya
soriiii yer awk...........
dari peristiwa tu la sampai sekarang kita dah berani bawak kereta sendiri
sampai ker PERLIS
terima kasih yer awak.........

Awak ingat lagi tak???
ada sekali tu kita masuk wad
awak datang
sori yer awak, time tu hanya mampu tersenyum jer kat awak
nak cakap, nak angkat kepala pun tak larat
tapi, awak nak tau tak
kita rasa happy sangat awak datang, rasa hilang sakit kita
kita terfikir, hmmm lepas ni awak mesti tak nak kawan dengan kita sebab kita sakit
tapi.......
sampai sekarang awak masih "berkawan" dengan kita
terima kasih yer awak............

Pejam celik dah nak masuk 3tahun umur kita "berkawan"
macam-macam susah senang dah kita lalui
"mesti awak baca sambil tersenyum-senyum jer kan??"

Harap apa yang dirancang keluarga
akan berjalan lancar...
Harap-harap kegembiraan selalu milik kita...........


Dear Luqman....

kita sayang n rindu awk selalu

Rapuh

Salam
Apa yang rapuh nya???
seperti lagu OPICK kah rapuhnya itu???
Bukan lah, mari berbicara mengenai tulang rapuh..

Kamu sayang tak dengan tulang kamu???
sudah pasti la kita semua sayang pada tulang kita kan
Tulang kita diperlukan hingga keakhir hayat
menjadi tanggungjawab untuk menjaganya

Semenjak dua menjak practikal ini
saya selalu melihat kakak-kakak di office meminum susu ANLENE
yer mereka semua memang sayang pada tulang mereka, begitu juga saya tapi.............
"saya tidak suka susu"
tapi tak apa lah, demi menjaga tulang,
saya sanggup biarlah susu tak sedap, tapi sedap-sedap2 kan lah juga hahahahhaha

Mari lihat percubaan saya untuk minum ANLENE
di kepala nih sudah terfikir
"euuuuu, mesti bau lembu, tak suka, mesti akan keluar balik"
tapi demi masa depan tulang yang sihat
saya cuba memujuk hati
"ala, sedap la, rasa vanilla"
ok da set di fikirkan, sedap sedap sedap...


Beli yang kecil sahaja, untuk PERCUBAAN

tengok ini sudah kembang tekak, tapi bau agak sedap

Rasanya agak sedap, hilang segala persepsi buruk terhadap susu, ok nanti akan beli pack yang lagi besar......




Dan ingin menyambung cerita,
Semenjak kakak telah berkahwin
rutin kehidupan pun sudah berubah
sebelum ini, kawasan jajahan takluk untuk saya berkemas, hanyalah DAPUR
tapi sekarang, LUAR, DALAM, DEPAN, BELAKANG terpaksa ditakhluk
maklumla, kesian kt mama...

Selalunya saya akan start mengemas selepas anak-anak buah pulang
bukan apa, kan mudah bila malam dah siap kemas, esok tak payah nak bangun awal sangat
hehehehe
Kesian kat mama, kalau tak dia kena buat semua kerja rumah sorang2
esok nk jaga cucu-cucu lagi
at least, kalau rumah dah siap kemas
dia punyai lebih masa bersama tumbuh-tumbuhannya
hahahaha






kawan baik saya, penyapu dan mop, kalau tak letih, sambung dengan jemur kain, gila suri rumah kan, muhahahahha, ok2 siapa2 berkenan nak jadikan calon menantu, sila angkat tangan, kahkahkahkah

Hilangnya Seorang Teman...

Salam
lama sudah tidak singgah disini
almaklumlah sibuk dengan acara kawin-kawin

Terasa sunyi juga bila hilangnya seorang teman
Teman yang saya maksudkan adalah kakak tersayang, yang telah selamat menjadi isteri orang
sobsob
"sunyi weyh ko xder, kesian kat aku"

Lepas nih, dah tak ada sesi bergossip dalam bilik kau
sebab kau dah kawin

Lepas nih, kau dah tak boleh teman aku merayap lagi
sebab kau dah jadi bini orang

Lepas nih aku dah tak payah tunggu kau kt LRT station
sebab nanti hubby kau ambil

Lepas nih dah tak acara pinjam meminjam
sebab kau dah pindah

sob-sob tiba rasa sedih
hahahahahahha

SEDIKIT GAMBAR PADA HARI PERNIKAHAN DAN MAJLIS SANDING
(semua ini dari camera sy, tak banyak dapat snap, BZ lolsss, maklumlah tuan tanah, hahahhaha)


berdebar-debar


setelah selamat menjadi suami isteri