BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Istana Bambu

Sepatutnya entry ini di post pada malam tadi
tapi tak sempat,agak letih, semalam saya menonton perlawanan Malaysia vs Indonesia di NZ
"wah tak nak kalah tu"
balik pun dah lewat, esok nak kerja, weeeeee, tapi happy hari ini, gandakan kegembiraan dengan kemenangan pasukan Malaysia di piala AFF Suzuki, "owh keeper, kau memang kacak la", hahahha, walau apa pun, paling happy sebab esok cuti, weeeeeee

Ok la sambung bercerita
semalam diajak lunch oleh Big Boss department saya, untuk meraikan Boss bawah big boss yang akan berpindah ker Sarawak, terasa macam best jugak, sebab saya hanya Trainee, tapi dipelawa sekali, "siapa yang mahu menolak rezeki", hahahha

Istana Bambu, berhadapan jer dengan office saya, dr MRR2 pun boleh nampak

Dalam restoran ini, semuanya berasaskan buloh, semuanya,



yang belah kanan tu yang akan berpindah

Sebenarnya, banyak lagi gambar yang nak diambil, tapi malu la dengan boss2 yang ada,maklumla saya hanya trainee,hahahah,makanan kat sini memang sedap, dan saya paling suka PULUT MANGGA(dessert) disini, memang sedap...:-)

Adakalanya....

Adakalanya hidup ini
tak seindah yang kita impikan..

Adakalanya hidup ini
tidak adil....

Adakalanya Hidup ini,
penuh dengan penipuan....

Adakalanya hidup ini,
Kita terpaksa berkorban dan terkorban...

Adakalanya Hidup ini,
Kita terpaksa menelan sesuatu yang pahit
walaupun pahit, kita terpaksa telan....

Entry kali ini, ada nada DUKA sedikit,
bukan apa, cuma ingin meluahkan rasa dihaTi


IKLAN SEKETIKA
Owhhh, pagi2 lagi dah malang, masuk opis nak parking dah ade orang ambik box saya, walaupun saya memegang number kotak tersebut, nak marah rasanya, 1 hal lagi, turun ke CAFE, tiba-tiba dikejar oleh 3 ekor kucing, aishhhhh, apakah malangya, saya dah la memang takot kucing...hahahha...Ok lah, sambung berduka, memang akan ada yang hujan nih, lagi2 officemates memainkan lagu hindustan....

Yeayyy2 Pindah

Penuh Lori tu

Irfan berkerja keras


Saki baki barang yang belum naik lori

aikssss, si kecik nih dah penat ker???



no camera plssss


mengelak dari kena angkat barang, jom jalan

dah sampai, sempat lagi posing tu


jemput masuk







"skodeng sapa tu adik???"


ini la aksi-aksi mereka setelah penat mengangkat barang-barang

berehat seketika

muka irfan dan dina yang agak keletihan

Hanya Kamu Saja

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Yellow Pages


Sebelum nih, saya hanya cuma melihat jer buku tebal berwarna kuning tu, tak sangka pula kena bertanya mengenai benda tu, tiba-tiba manager saya suruh saya telephone, owhhhhh, saya ada 1 masalah la, saya tak suka bercakap di telefon(sebab tak tahu nak cakap apa) dan takut untuk bercakap ditelefon, tapi tak apa la, berani kan diri, hahahahha, walaupun tak suka kan, buat la juga, 3kali call

1) "Call after lunch yer, orang yang yang incharge, meeting"
2) Call 2.15 yer, mereka tengah lunch"
3) "hello". terus dia letak dengar suara saya

"Lagi la aku sakit hati kan", lepas tu mintak tolong staff di sana call kan, hahahha, pls2, lepas nih, kalau nak bagi kerja, bagi jer la apa-apa kerja pun, insyallah saya boleh lakukan, tapi bukan call2 orang nih, saya tak pandai la nak bercakap...

Buah Dalam Perahu



Masih ingat lagi kah pada pantun ini?

sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu suruh makan saya makan.. suruh mengaji saya tak tahu
(eh i pandai okeh mengaji)

Okeh sebenarnya saya nak bercerita mengenai buah keranji
agak-agak, berapa ramai yang kenal buah keranji tu???
sila la angkat kaki
hahahahha

Tadi tengah bosan-bosan kat office
pergi la berjalan-jalan dari table ke table
hah di pelawa oleh seorang kakak untuk makan buah keranji tu
mula-mula pelik, bila tanya buah apa nih
dijawab dengan selumber dengan seorang abang disana
"tu buah perahu"
saya bertanya lagi, "macam mana nak makan???"
abang tu menjawab, "makan dengan kulit dia", kulit boleh makan
dengan slumber saya makan dengan kulit-kulit sekali
Lepas tu kena gelak, dia kata "kenapa percaya cakap abang??", Kopik dulu la
hahahahhaha, patutla pahit, ceh...makan kulit dia daaaa
Malu-malu

Sorila, saya ni orang kampung
mana nak kenal BUAH KERANJI tu
kui2,
tapi rasanya agak pelik
nak kata masam tak masam, nak kata manis tak manis


Ini la rupanya buah keranji, macam choclate pun ade, hehehe, okeh lepas ni saya dah kenal buah keranji


Ini isi dalam dia, ade biji didalam, lebih kurang macam asam jawa tu

Kisah Dodol


Saya memang penggemar Dodol, kalau tak pada musim perayaan, susah jugak nak jumpa, tapi pada aritu, lepas breakfast di R&R Tapah, nampak la ade orang jual dodol, terus jer beli, sebab memang da suka sangat2, hehehhe, lepas 2, baru tinggal 1hari, sebab memang tak da masa nak makan, terasa sangat kecewa bila nak makan jer dah BERKULAT, arghhhh tension jer, tak dapat nak makan, sob2

Break Kaki


Apa perasaan anda bila anda terpaksa membuat sesuatu benda yang anda yang tidak biasa anda lakukan??? Sudah pasti la kekok kan??? Itu lah cerita yang terjadi , hmmmm, sebelum ini, saya sudah biasa memandu dengan menggunakan HANDBRAKE, tetapi kali ini saya terpaksa memandu menggunakan FOOTBRAKE, adoiiii, memang sangat kekok, xtahu,nak menangis, jika memandu jarak dekat tidak apa, ini, Nuuunnnnnn Perlis sana, Tanpa ade apa2 latihan, abah terus, berkata "hmmm bawak la, abah dah ngantuk" (selepas menunaikan solat subuh di R&R Tapah), hah terkial2 jugak la, abah buat2 tak tahu, "pandai2 ko la" hahahha....saya pun belasah jer la, bila sudah tukar ker gear P, tangan masih mencari handbrake, banyak kali jugak la tak jumpa brake 2( di kaki), hehehhe...bila lama kelama-lamaan, saya sudah mahir, hah bila dah terror 2, sampai ker PADANG BESAR, tak ingat dunia dah 2. 1 lagi cerita kelakar, dengan slumber nyer berjalan-jalan sekitar ARAU 2 buat slumber jer, sesat 2 3 kali la jgk, nak tanya orang malu, redah jer la, OTW balik ker BERSERI, lalu la dihadapan KEM teeeettttttt............., kebetulan, BF kpd C0-pilot saya berada disana, tapi dia tidak berada disana ketika kami sampai, hmmmm Co-pilot saya berkata "hmmm tak dapat tengok orang, tengok papan tanda pun jadi la" hahahhaa, perasaan sama dengan saya, dlu zaman en.bf di sg,besi, dapat tengok papan tanda pun dah happy, hhahahha...tak sangka pulak tempat yang kami berhenti tu dah masuk kawasan kem 2, hah bila dah perasan pak guard 2 pandang kereta kami, Co-pilot saya pun buat2 la bercakap di telephone dan saya pun konon2 mencari2 jalan, sebenarnya takot kena marah, sebab suka hati jer masuk kawasan kem 2, bila dah rasa dia mcm nk keluar jer dari sana, kami pun blah la, hahahha, giler kn....bertanya pada Co-pilot, "amacam???dapat tengok pintu kem ok x???" dia berkata " ok2 sangat2, hehehhe...hah tak tahu dah nak cakap apa, okeh la badan letih sangat2, saya drive dr PERLIS sampai KL, dah sedap bawak 4WD,

Cuai

aish, arini tak tahu la kenapa saya sangat2 la cuai, mungkin excited kot, excited sebab apa erk???,hurm....hari ini lunch 2jam, so kawan mengajak ker Carefour Wangsa Maju, Lunch di Mc Donalds (aish rosak diet i, hahahah), punya la excited makan, dalam masa yang sama jumpa kawan lama( Alice), lepas makan, jalan-jalan disekitar, dah siap beli barang dalam Carefour, dan sambung jalan lagi, bila dah nak balik, baru la perasan"alamak, mana kunci kereta aku ni??", time tu nak nanges pun ade, mujurla ditenangkan oleh kawan, "jom2 kita ke Mcd balik, mesti ade", hah jalan dah tak toleh belakang, sampai dimeja tempat makan tadi, nasib baik la masih ade, terima kasih kepada uncle and auntie yg tak buang kunci i 2, hehehehe...owh kalau la tak jumpa, memang menangis la saya hahahha..

Soalan Sensitif

Ada kalanya terasa rimas juga dengan pertanyaan seperti ini

"bila nak tunang??"

"bila nak kawin???"

terasa macam kepochi pown ade
wek2,"suka hati aku la"
jodoh belum sampai lg...
sedang menanti putera idaman
hahahhaha

KAD HIJAU

Kelihatan seperti kad biasa, tetapi, kad ini SANGAT-SANGAT BERHARGA di PERNEC, haish sebelum memiliki kad ini saya selalu dimarahi, diulangi DIMARAHI, oleh seorang pakcik guard yang sangat2 scary mukanya( scary yang dimaksudkan adalah dari segi, MUKA, JELINGAN,), dia selalu berkata "ni dah berapa hari start kerja???tak faham2 lagi???" esok kalau tak ada kad, parking luar....arghhhh bila nak sampai jer gate office, nak menangis pun ade, takut pada dia, hahaha, tapi esok saya akan berbangga pada pakcik 2, sambil turun cermin(sebab dia nak ambik suhu badan), saya nak hulurkan sebungkus nasi lemak pada pakcik tu, hahahahha,

FULLHOUSE

Sudah lama tidak berkunjung kesini
hehehehhehe











Hantu Kasut

yer, saya memang hantu kasut, kalau ada duit yang banyak, orang suruh beli BB ker Iphone ker, saya pilih kasut, biarlah saya pakai HP cabuk jer, muhahahaha, cuba bayangkan dengan harga sebijik BB or Iphone tu bapa pasang kasut saya boleh dapat???uwaaaa suka2, hahahha, saya sangat-sangat takot bila mama masuk ke bilik untuk mengemas, selalu ugutan seperti ini saya akan dengar

" hah, ni kasut banyak-banyak dalam bilik nih nak buat apa???kalau tak kemas elok2, nanti mama buang"

ades, janganla ma, untuk mengelakkan dari kena buang, saya sorokkan dalam bonet kereta, nanti saya dimarah pulak oleh en.bf

" ni bonet kereta ker kedai kasut???perempuan2, cuba kemas kan sikit"

hah mana saya nak letak nih??? semua pun kena marah, ni dah memang sawan kot, mama panggil saya SAWAN KASUT, muhahahaha

okeh la, saya nak bercerita tentang satu brand kasut ni, Q-SWEET, memangla xglamour mana pun kan, harganya pun sangat la murah RM15 ja, hah mampu milik nih, tapi kasut nih sangat-sangat selesa, tapak tak licin, saya sangat2 suka, mudah juga untuk didapati, di stall kecik2, samada di TESCO, GIANT, dan mana2 lah, pada siapa yang mementingkan brand, tolong ignore entry nih, kui2

yang dua nih, saya pakai kurang selesa, yang kiri, melecetkan kaki, so jarang la pakai, g wedding jer baru pakai, harga RM 115 and RM109, jom tengok yang bawah


yang ini cuma RM15, cuba bayangkan, harga atas, berapa pasang saya boleh dapat yang bawah ini, xperla, yang atas pun orang belikan, so xkesah la, muhahaha, tapi sekarang, tak mahu dah beli mahal2, nak beli jer macam nih,

Hari pertama di PERNEC

hah arini (6 dec 2010) saya akan memulakan practikal di PERNEC,lokasinya adalah di KERAMAT, terasa sangat-sangat happy dapat disini kerana dari rumah ke sini hanyalah mengambil masa didalam 15min ini tidak termasuk sesak di MRR2 (di PANDAN INDAH), hari ini saya keluar awal sekidit, sewal 7.20pagi, heheheh, takot sesak, hehehehe....Hari pertama, biasala tu, semua pun terasa kekok, tak tahu nak cakap dengan siapa, nak tanya pun malu, tapi nasib baik la ada sorang trainee dia memahami saya, dia la tempat saya mengadu, heheheh...Hari pertama dah ade task, saya disuruh untuk menelefon TM, berhubung AUDIO CONFERENCING, jumpe finance manager, tunjuk ADVICE BILLING,

disini la saya akan "berkampung" selama 6bulan

oleh kerana tiada pas pekerja, saya perlu memakai ini selama saya berada di dalam kawasan ini, tp temporary ja...rabu pas i siap lah, hehehe, susah juga tak ada pas nih, nak kemana-mana mintak tolong orang untuk buka kan pintu, huk2


hehehe, parking sebelah-sebelah, nad baru jer sampai tu

perjalan pulang, sedikit sesak di MRR2, kruk2, dah la perut lapar,

jap2, nak cerita somenthing, sudah terbiasa time cuti bangun pukul 6.45pagi, sekarang saya kena bagun jam 6.00pagi, hah pagi tadi bangun2, saya boleh tak terfikir, owh kelas pagi hari ni, lupa pulak nak pergi practikal, haha