BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Luahan Hati

Dear MLH,

Awk, awk ade kat mana sekarang,
sumpah kita banyak sangat benda nak cerita dengan awak,
banyak sangat benda nak luah kat awak,
tapi awak tak der pun,

Hari tu awak call sekejap, tanya kita, ade tak benda nak cerita,
tapi kita lupa, sebab happy sangat awk call kot,

Tapi awak nak tau x,
last week kita serabut sangat,
kita rasa nak berhenti kerja, kita nak cerita kat awak,
tapi kita tau awak memang tak ade,
kita tau, awak bukan pendengar yang baik, awak cuma dengar and bercakap, "sabar la syg"
walaupun tu bukan penyelesaian,
tapi kita rasa lega bila kita dah luah kat awak,

Awk nak tau x,
semalam kita pegi klinik,
ingatkan nak tanya pasal HIV test tu,
sebab kita nak completekan borang kebenaran nikah yang awak bagi tu,
tapi kakak kat kaunter klinik tau cakap kita tak faham pulak,
entah la, salah kita juga sebab banyak tanya sangat,
tau x, rasa nak nangis time tu, tak pe la, kita tahan jer time tu,
kalau time tu awk ade, mesti kita tak nangis kan,

Tau x, semalam kita pegi mak andam, nk lock time date dia,
eh kita tengok ada 1 baju songket putih tu cantik sangat, mak andam suruh kita try,
kita try la, dia bawak sekali baju lelaki, eh kalo awak ada kan seronok, dah boleh fitting sekali, heeeeee.............

Langkah Pertama


Engkau orang tahu tak bila dah ada benda ini sangat-sangatla senang hati jiwa dan perasaan, weeeee, eleh sidot, ko dulu pown kalo MLH xpaksa ko malas nak pegi kan?hahah, memang malas weyh, hujung minggu yang sepatutnya digunakan untuk berehat-rehat, tapi terpaksa pergi ke kelas, tapi, alhamdulilah, banyak ilmu baru yang aku pelajari...

Langkah seterusnya, isikan borang yang MLH bagi sebelum dia balik, dan cuba nasib untuk "serbu" jer untuk buat HIV test, tapi harapan tipis sebab aku tau dah berduyun-duyun orang yang dah buat temu janji kan, hmm mungkin tterpaksa ambik cuti separuh hari nanti. tapi tak salah untuk mencuba nasib, heee

11 Dec 2011

Jarang2 Jumpa

Adik dan abang, heee, jumpa dalam mas jugak, hik2...

Abaikan manusia berdua ini, ini gambar lama okeh, ok bai, haaaa....

9 dec 2011

Tekanan Perasaan

Taraaaaaa...
Sidottt kembali...
ble tgk tajuk entry nih, mesti pk sidot nih mesti tengah gaduh dengan MLH,
tapi bukan-bukan....

Kali nih aku cuma nak berkongsi pendapat, bukan pendapatan yer,
alang2 ade depan pc nih,
heeeee

Apa yang aku nak kongsikan adalah mengenai kesesakan lalulintas
eh benda nih bukan perkara baru, tapi sudah lama,
jika diambil secara kasar, bak kata ah long "cincai kira"
sebelum tu, tengok dulu gambar nih

Kenderaan yang sedia ada, jika cincai kira, 1hari 10biji kereta baru berdaftar dibawah JPJ, kau orang dapat bayangkan tak?macam mana nak selesai masalah nih?binalah flyover, lingkaran tengah hujung depan belakang, tapi penambahan kereta makin bertambah, macam mana nak muat jalan?

Dulu nak beli kereta susah, sekurang2nyer 10% dari harga kereta untuk downpayment, tapi sekarang senang, student pun, kereta dah macam laptop, lebih kurang macam keperluan,

Adakah 1 hari nanti kerajaan terpkasa buat macam dinegara jiran, dimana kenderaan yang berada dijalan raya,mengikut nombor pendaftaran yang berwarna, hijau isnin, merah selasa, dan seterusnyer, eeeee,

Arghhhh, aku betul2 tertekan, kalau hari2 ,macam nih, memang jangan terkejut esok lusa korang nampak aku cakap sorang2, hahaha, mereng dah....Aku rasa mungkin benda nih kurang diambil kesah oleh orang "besar2", sebab kalau dorang nak p mana2, dorang pakai polis and ascot, so dalam jammed pown orang akan ketepi kan?betul x?siapa sokong aku, angkat tangan?haaaaaa.....

Muka tempoyak aku yang dah strat nak tension, heeee

Okeh tengok sekarang jam pukul berapa


tengok tu, kesesakan dah bermula


dan tengok, jam sudah pukul berapa, sedangkan jarak dari pukul 6.06 tadi, hanyalah lebih kuramg 3km, tapi ambik masa berapa lama, kau orang kiralah sendiri...


masih sesak jugak


tengok tu, kiri kanan kereta yang banyak

flyover diatas jugak sesak, maaflah, kualiti camera tak berepa bagus, tapi memang sesak

okeh, tengok, pukul berapa aku sampai rumah...

Dan macam ni lah rutin harian aku, jika diberi peluang, nak cari tempat yang tak payah temuh jammed, kalau hari-hari macam nih, memang boleh GILA....


19 Nov 11

Yeahhh Aku nak Kawin

Sebelum apa-apa
aku nak cari bulu ayam, meh nak kasi bersih sikit blog yang bersawang-sawang nih
fuhhh tempoh yang agak lama aku tidak menari-narikan jari dikeyboard untuk terus merepek..

Hah tajuk entry kali nih tak menahan la ko sidot,
bila kau orang baca tajuk, mesti akan menantikan gambarajah hantaran atau mungkin baju cantik2, pelamin dan segala yang berkaitan dengan nak kawen lah,
errrrr

Benda tu nanti2 la aku cerita, cuma tiba2 tercetusnya idea nak suruh si MLH nih baca buku,

Taraaaaaa!!!!!!
Suka nak buat muka kartoon la dia nih, apa yang menarik mengenai buku Kahwin sekarang siapa takut, pada aku buku ini menarik, sebab aku baca synopsis, sedikit sebanyak mengenai buku ini, golongan muda adakalanya takot, bila membicarakan menganai kahwin, alasan seperti, belum bersedia, ekonomi belum kukuh, 'eh betul ker dia nih pilihan aku?", segala persoalan akan terjawab didalam buku ini, hope pakcik sorang nih baca, xbaca siap lah dia, ngeh2..

Hah kau orang nampak tak tajuk buku yang 1 lagi 2,Belajar Romantis, bukan nak kata dia tak romantis, tp kureng lah, haha, dia jarang nak pujuk kalo aku merajuk, muhahah, alaaa sidottt ko mmg ngada2, asyik nak merajuk, hahaha...synopsis buku ini juga menarik,



7 Nov 2011

Separuh Jiwa

Separuh jiwa lagi aku telah bersedia,
Separuh jiwa lagi, aku merasakan, aku masih muda,
Tapi bila melihatkan seorang demi seorang rakan seperjuangan sudah ke alam itu,,
hati membuak-buak untuk mengikuti jejak mereka.

Jika dihitung, ditolak, ditambah, aku cuma ade beberapa bulan,
Ya allah, kau permudahkan la urusan kami..


Seronok tengok macam nih, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat Kapt Zul & Aishah

Dan kami sedang untung menuju ke situ, hehe

19 Sept 2011

Pandai!!



Haish, nak kata tak pandai, ker terlebih pandai pon xtahu lah,
dah nama pown ko block kereta orang,
yang pandai sangat pergi tarik handbreak 2 pehal?
menyirap benar aku eh....
Tak pasal2 dapat surat cinta dari aku...

Rules block kereta orang, handbreak turunkan...meyusahkan orang jer!!!!

Kejadian nih dah terjadi pada aku selama 2kali semenjak mula berkerja...

9 Sept 2011

Kaki Ayam


Owh sudah terbiasa memandu dengan berkaki ayam,
orang tanya, kenapa kau memandu dengan kaki ayam sidot?
aku jawab, errrr, aku tak rasa pedal lah, bukan pedal ayam ker lembu ker okeh...
hahah....

Okeh sudah beberapa kejadia seperti ini berlaku


Kasut +selipar


Bila drive, aku akan berkaki ayam, dan lihat hasilnya

Taraaa, hambik kau, sebelah lain, sebab dah kelam kabut nak turun dari kereta...haha,banyak kali dah jadi macam ini, jangan tiru aksi ini, hahah

31 Aug 2011

Menjelang Hari Raya...


Bukan niat nak nyanyi lagu Dj Dave Menjelang Hari Raya,
bila sudah kata pun menjelang hari raya, pasti warga kota sibuk menyediakan persiapan hari raya...
Fuhhhhhhhhhh, berapa punya banyak raya la sidot....

Bila cakap tentang hari raya,
Jalan Tuanku Abdul Rahman pasti akan menjadi tumpuan orang ramai,
ye la dekat situ boleh dapat segala perisapan raya, dari atas sampai la kebawah
yang penting KACHINGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!....

Pada aku sendirilah, jika tidak ke jalan TAR, tak rase nak raya la beb...
tapi terpaksa lah menganggung risiko dimana terpaksa bersesak-sesak
dengan lautan manusia....
adessssssss....dengan pelbagai bau dan ragam, yang penting rempuh jer...
hahahha.............

Tahun ini agak berbeza dari tahun lepas,
dimana tahun lepas aku dan MLH pergi beberapa hari sebelum hari raya,
kami mendapat parking, pergerakan trafik juga lancar,
tapi tahun ini sungguh berbeza, adoi....
kami mengambil langkah berjaga-jaga, dimana mengetahui bahawa kesesakan lalulintas adalah dimana-mana...
jadi kami rancang gunakan pengangkutan awam, tambah nilai Touch n Go siap2
dengan harapan bahawa kami boleh hai2 bai2 mereka yang beratur di kaunter,
tapii, harapan hancur berkecai bila touch punyer lane xberfungsi,
jadinyer samalah nasib aku dengan mereka-mereka yang beratur dikaunter....
padan muka kau sidot, berlagak benar............
Tapi yang menjadi persoalan, kenapa dan kenapa bila sudah menyedari situasi dimana orang menyerbu kaunter tiket, tapi kaunter tiket yang dibuka hanyalah 1...
langkah bijak bukan, meyusahkan betul................

Dalam lautan manusia 2,
skirt aku asyik kena pijak jer, adoi...
sakit hati betul, nasib baik MLH pengang saya,
kalau tak tersungkur malu beb...
haha....


Tiba2 dapat kad raya dari MLH, hehehe...


Stuck dalam jammed Otw nak ke train BTS

Weeee, pinky2....


Meriah betul isi kandungannya...paling syik ayat MLH, "sayang tahun nih insyallah tahun last kita beraya berasingan"....weeeeeeeeee.........

Terduduk seketika menanti batu2 dipasang di baju. tapi lambat sangat nak siap, kami ke Maju junction mencari tempat untuk berbuka


Oleh kerena semua kedai juga sudah penuh, kami memilih makan di Noodles Station, nasib baik cepat, kalau tidak, makan di kaki lima sahaja lah...


Muka tempoyak sidot yang dah lapar,

Memerhatikan gelagat warga kota yang lalu lalang dan ratusan keretan yang masih tersekat dikesesakan lalu lintas


Sebelum buka, bukan main tamak muka nak makan semua, haha


Ini adalah menu kami, belasah jerlah, MLH dah cakap balik kita sambung makan MCd pulak,


Dan sedang menanti baju saya untuk siap ditampal batu


Kau lihat, bertapa ramai nyer manusia, redah jer nok oi...


Mencari tudung

Bukan melayu juga ingin merasai "pesta" di jalan Tar..


Dengan harapan Touch n Go lane dah kembali berfungsi, tapi harapan jerlah, kau tengok berapa panjang nak beratur, sian MLH, ngeh2...

Oleh kerana BTS station tengah renovate, jauh skit nak jalan ke kereta...

Hasil Tangkapan pada semalam....
Jadi pengajaran dari cerita diatas adalah, lagi 2bulan nak raya, silalah beli persiapan, kalau tidak, ini lah akibatnyer....


28 Aug 2011

Kekasih Yang Tak Dianggap (KYTD)

Salam hai blog...

1) Kekasih saya tak pernah bagi saya bunga
yerla sebab kan ker ko tak suka bunga sidot, tapi kekasih saya rajin ajak saya makan sebab saya memang kuat makan...

2) Kekasih saya jarang nak tepon saya
yerla, kekasih saya sibuk, dia kan tepon ko setip malam sidot, tapi kau yang tdo lah sidot, ooooohh, lupe, hahha

3) Kekasih saya tak suka tengok wayang
alaaaa, kekasih saya kata tengok wayang membuang masa, dia kata kalau nak keluar dengan saya dia nak jer tengok saya, buat apa nak tengok wayang, adalah kepelikan dia ajak tengok wayang, haha, ala kau selalu tengok wayang

4) Kekasih saya selalu mungkir janji
alaaaa, dia bukan suka2 mungkir janji lah sidot, dia TERPAKSA,

5) Kekasih saya tak PUJUK kalau saya merajuk,
alaaaa...kau 2 mengada2 sangatlah sidot, semua benda nak merajuk, macam budak kecik 5tahun, sebenarnyer kekasih saya MALAS NAK LAYAN, nnt saya pujuk diri sendiri lah, haha...

6) Kekasih saya selalu marah-marah
alllaaaa, kekasih saya perod kot, hahah, eh bukan2, kekasih saya marah sebab saya yang suka nak EMO tak pasal2, muhhahahha, tapi dalam hati dia sayang, saya tahu,

7) Kekasih saya suka suruh saya jadi driver dia,
alaaaa, dia tahu kau bawak kereta "SELAMAT" 2 yang dia nak cepat sampai, hahaha

OK lah sekianlah, ceritera KYTD sy, bai....

17 Aug 2011

Bicara Gambar 13 Aug 2011


Salam
hallo blog,
malas ar nak citer, Puasa, xder tenaga,
hhahahha
tengok gambar jerlah eh....

Putih sudah menjadi kegemaran, dan saya telah memulangkan kereta MLH setelah berkelana di rumah selama hampir 2minggu, muhahha

Sajer nak tunjuk gigi, hahhaha

kenapa mata kau tak nampak sidot?


aku suka pic nih, yes MLH kelihatan berpeluh, sian dia...

Kami...


muka kyusuk transfer gambar-gambar...

aku sibuk mengupdate twitter


kesian, anak sapa lah nih, ibu2 mengandung dilarang keras untuk lihat gambar ini, takot terkenan, hahaha


dan bila aku menyebut perkataan PD, muka MLH terus berubah, malas nak balik lah 2,


"syg, abg suka yang nih", MLH ckp, hooraaayy..............

Okeh sekian lah cerita gambar aku, tata...

13 Aug 2011


Usaha vs Berdikari...

Salam,
Mesti kita sudah biasa mendengar pepatah, USAHA TANGGA KEJAYAAN,
jika kita malas usaha, kita akan ketinggalan....
cuba hayati bait-bait lirik lagu ini....

Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
(Standing in the eyes of the world-ELLA)

Pada aku lah, ini adalah lagu SEMANGAT untuk diri aku,
sumpah, kalau korang hayati lirik lagu nih, memang banyak maknanyer...

Aku dari kecik dah diajar untuk berusaha,
aku bukan anak orang kaya, dimana mintak wang akan terus dapat,
jujur aku cakap, mama and abah dulu kerja kilang jer,
pergi kerja naik motor,
tapi sampai mati aku akan ingat pesan dorang
"kami tak ada harta nak tinggal untuk anak-anak, tapi kami nak tinggalkan pelajaran"
mula-mula aku tak terifikr jugak la,
tapi bila aku dah besar, yer baru aku faham, buat apa tinggal harta kalau tak ade pelajaran, mak bapak belum mati kau orang dah gaduh2 rebut reta....
bila mak bapak kau orang tinggal pelajaran, insyallah, korang boleh cari harta korang sendiri....

Sejak dari kecik memang aku jenis suka untuk berusaha,
telah aku perkatakan, aku bukan anak orang kaya,
dulu aku mahu beli apa-apa aku akan kumpul dari duit raya,
aku tak suka mintak-mintak,

Ketika zaman pelajar juga,
aku akui, aku memang tak pandai,
tapi aku berusaha untuk belajar, aku tak pernah PHOTOSTAT notes orang
aku buat notes sendiri, sebab apa yang aku tulis aku jer faham,
alhamdulilah, tamat juga...

Sedia maklum, aku juga buka sesihat mana pun,
tapi aku Usaha, tak pernah pown nak menyusahkan orang lain,
walau dulu pernah ada sindiran sinis oleh seorang kawan MLH
yang aku ini cuma akan meyusahkan sajer, persetan la kau....
bila lepas aku sakit tu, abah nak aku ade depan mata dia,
tak nak anak aku sambung degree,
tapi aku buktikan, aku berusaha, aku nak tunjuk aku boleh...

Ketika waktu mencari perkerjaan,
ya allah, 1 tempoh yang betul-betul kadar usaha aku diuji...
pergi interview sana sini, tapi masih tidak diterima, sampai 1 tahap aku jadi putus asa,
mama cakap "sabarlah belum rezeki, usaha la lagi, jangan lupa minta padaNYA..."

Insyallah, aku akan balas semua jasa mama and abah yang selama nih dah banyak BERUSAHA untuk kami 5 beradik...Mereka dah buktikan walaupun mereka hanyalah pekerja KILANG dimana ketika sekolah rendah aku malu, tapi sekarang aku bangga dengan dia orang, walaupun kerja kilang, aku tak pernah kurang makan atau kurang pakai....1 lagi pesan mama, kalau dah kerja, gaji rm1000, kita pakai rm999, kita masih selamat, tapi kalau kita pakai rm1001, kita kan susah...biasalah ibu kita 1, tapi pesannya beribu-ribu,

5 aug 2011

Merajuk............

Salam...
"ingat kau comel ker sidot merajuk 2?"
huh...tolong hentikan muka tak comel kau 2 bila merajuk....
kau 100% tak comel okeh bila merajuk....

Okeh la, marilah kita berbicara mengenai merajuk....
Definasi merajuk dalam kamus diri aku adalah,
dimana kehendak hati tidak dituruti....
Mangsa merajuk adalah
1) MLH
2) Family

Bila merajuk, cuba tengok muka kat cermin,
cantik tak?cantik ker?....
tak cantik okeh...

Tapi, sakit hati r kalau merajuk nih tak dilayan,
hahahha.....
kalau merajuk dah tak dilayan, buat2 la pujuk diri sendiri eh....
Ish entahla, kronik r masalah merajuk aku nih,
Hati macam tisu tandas, hahaha....

Tapi merupakan 1 kepuasan kalau merajuk dan ada orang sudi pujuk,
seronok kan, tapi la kan, rase2 dah lama kot tak kena pujuk
"itu la tandanya kau nih kuat merajuk tak x sidot, malas dah org nak layan kau"
hahaha....
suka hati la, aku suka...tak kacau kau pown kn...


Ini adalah contoh muka Tempoyak Basi aku ketika merajuk, haha

31 July 2011

PENAT

Salam...
aduyai, penat ar...
penat sgt2....
sidot nih mmg ngade2, dlu tak der kerja sibuk nak kerja,
bila dah kerja kau ngadu penat, nak kena debik r kau nih sidot.....

Bangun pagi2
tempuh jammed federal highway, aduyai, tekanan perasaan betul la...
nak kena berebut parking lagi,
kat sana tak boleh parking sesuka hati, nanti tayar kereta kena KETIP a.k.a CLAMP
hahahhaha...

2 3 hari tanpa lappy di opis, aku tengok meja, meja tengok aku
aduyai...
ok la bai, tbe2 dah ngantok, Zzzzzzz....
entry kali ni sumpah malas nk tulis
tapi nak tulis jgk...babai....

27 july 2011

Offer Letter Vs Saman Letter

Salam,
Dalam keghairahan untuk mendapatkan surat tawaran kerja, dengan kadar segera aku meningglkan kereta tanpa berfikir bahawa, petak parking tersebut adalah tidak tertulis nama bapak aku, tidak sama sekali, errrrrr, tapi yang menjadi kemusykilan adalah 23 july 2011 merupakan hari sabtu, jadiiiiiiiiiiiiiiii............perlu ker bayar parking ehhh?jika dikaji, ditelek, tidak perlu untuk membayar kerana hari sabtu, mungkin dia nak bergurau...............fuhhhh tak pasal-pasal kena bayar rm30...


Surat cinta dari DBKL


Disebelah petang pula, pergi mencari selipar jepun
punya la malas nak try,
ambik jerlah, sekali sampai rumah rupa-rupanya kiri, kiri...
aduyai, malam itu juga bergegas untuk pergi tukar, haha...


Taraaa, tengok 2, kiri kiri, cacat betul...


Ini barulah betul
(amaran keras:sumpah bukan niat aku nak menunjuk aku beli selipar jepun baru, tapi betul sebab dia jarang berlaku, okeh lah bai...)

24 july 2011