Bukan niat nak nyanyi lagu Dj Dave Menjelang Hari Raya,
bila sudah kata pun menjelang hari raya, pasti warga kota sibuk menyediakan persiapan hari raya...
Fuhhhhhhhhhh, berapa punya banyak raya la sidot....
Bila cakap tentang hari raya,
Jalan Tuanku Abdul Rahman pasti akan menjadi tumpuan orang ramai,
ye la dekat situ boleh dapat segala perisapan raya, dari atas sampai la kebawah
yang penting KACHINGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!....
Pada aku sendirilah, jika tidak ke jalan TAR, tak rase nak raya la beb...
tapi terpaksa lah menganggung risiko dimana terpaksa bersesak-sesak
dengan lautan manusia....
adessssssss....dengan pelbagai bau dan ragam, yang penting rempuh jer...
hahahha.............
Tahun ini agak berbeza dari tahun lepas,
dimana tahun lepas aku dan MLH pergi beberapa hari sebelum hari raya,
kami mendapat parking, pergerakan trafik juga lancar,
tapi tahun ini sungguh berbeza, adoi....
kami mengambil langkah berjaga-jaga, dimana mengetahui bahawa kesesakan lalulintas adalah dimana-mana...
jadi kami rancang gunakan pengangkutan awam, tambah nilai Touch n Go siap2
dengan harapan bahawa kami boleh hai2 bai2 mereka yang beratur di kaunter,
tapii, harapan hancur berkecai bila touch punyer lane xberfungsi,
jadinyer samalah nasib aku dengan mereka-mereka yang beratur dikaunter....
padan muka kau sidot, berlagak benar............
Tapi yang menjadi persoalan, kenapa dan kenapa bila sudah menyedari situasi dimana orang menyerbu kaunter tiket, tapi kaunter tiket yang dibuka hanyalah 1...
langkah bijak bukan, meyusahkan betul................
Dalam lautan manusia 2,
skirt aku asyik kena pijak jer, adoi...
sakit hati betul, nasib baik MLH pengang saya,
kalau tak tersungkur malu beb...
haha....
Menjelang Hari Raya...
Stuck dalam jammed Otw nak ke train BTS
Meriah betul isi kandungannya...paling syik ayat MLH, "sayang tahun nih insyallah tahun last kita beraya berasingan"....weeeeeeeeee.........
Oleh kerena semua kedai juga sudah penuh, kami memilih makan di Noodles Station, nasib baik cepat, kalau tidak, makan di kaki lima sahaja lah...
Muka tempoyak sidot yang dah lapar,
Sebelum buka, bukan main tamak muka nak makan semua, haha
Ini adalah menu kami, belasah jerlah, MLH dah cakap balik kita sambung makan MCd pulak,
Dan sedang menanti baju saya untuk siap ditampal batu
Kau lihat, bertapa ramai nyer manusia, redah jer nok oi...
Mencari tudung
Dengan harapan Touch n Go lane dah kembali berfungsi, tapi harapan jerlah, kau tengok berapa panjang nak beratur, sian MLH, ngeh2...