BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Idea "gila"

Gambar ehsan google Images, tapi di sinilah lokasi kejadian..

Cuba perhatikan lorong di atas, sudah pasti ramai yang mengetahui bukan
syurga membeli belah bagi warga kota, JALAN TAR
arghhh mungkin sudah tersilap masuk lubuk agaknya...

Selalunya datang disini mesti akan parking di Semua House
Tapi mula-mula mahu mencuba parking di Pertama Complex
betul-betul marah kerana tidak menaikan sebarang tanda mengatakan parking penuh
2 3 pusingan dibuat masih tiada kosong, terus keluar...

Menuju ker Semua House, betul-betul lupa ada Pasar Malam pada setiap Sabtu
Hampir 15min terkandas di lorong itu
terkandas oleh kerana Lautan Manusia yang tidak mahu mengalah dengan kereta
jika ada tanda mengatakan lorong itu ditutup, tak perla..
tapi jalan masih dibuka untuk lalu lintas
tapi.....
tekanan jugak lah, tengok orang melintas sesuka hati, berpimpin tangan, sambil mengunakan telefon bimbit, melintas seakan-akan tidak melihat kiri dan kanan...
"Kau bayangkan, kereta kau memang tak boleh bergerak, kau lepas break dan break kembali, 15min, agak lama tu"...
rasa mahu tekan honk, tapi nampak macam batak keluar pekan pula, adoiiii...

Tiba2 idea gila datang kerana tidak tahan duduk lama-lama lagi dalam kereta
dengan selumber suruh en.bf turun dari kereta dan sepantas kilat aku tukar ke posisi PEMANDU, dan en.bf dengan selumber menyekat orang ramai supaya berhenti seketika, hahahha, kau orang tau tak aku dalam kereta memang nak gelak-gelak jer rasa, hahahhaha...
Akhirnya mereka mengalah dan memberi laluan kepada aku, hahhhh..ambik kau, kalau aku tak buat idea gila tu, memang stuck kat situ sampai 1jam...kahkahkah...
Sumpah sampai bila-bila tak akan lupa...Memang tak ingat nak snap pic ker apa, sebab pk nak lepas jer...hahhaha...tq my dear darling sebab bertukar kerjaya sekejap dari askar ke "polis" tak bertauliah...Mesti orang-orang kat luar cakap kami gila kan...Pi la lantak....asal LEPASSSSS...


26 June 2011

TLDM

Fuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
(Hembus Habuk, sawang-sawang yang ada didalam Blog aku nih)

Tajuk bukan bermakna aku nak bercerita mengenai si TENTERA
sebab TLDM

TLDM yang aku maksudkan adalah

T- TIDUR
L- LEPAK
D- DAN
M- MAKAN


Weyhhhhh, kau orang pernah kah rasa macam mana bosannya jadi seorang pengganggur?bosan okeh...bukan tidak mahu minta kerja,sudah banyak CV ditembak, mungkin masih belum rezeki...

Pergi Interview, dapat kerja, tapi mungkin ALLAH s.w.t sayang pada aku, tup2, sehari sebelum hari sepatutnya pergi lapor diri, keluarla maklumat mengenai Syarikat yang bakal aku kerja itu PENIPU, buat perniagaan ala-ala SKIM CEPAT KAYA...phuiiiii terus tak mahu....

Tapi masih belum berputus asa, usaha perlu diperhebatkan....
Pasti akan ada hasilnya nanti kan...

Jika nak dibandingkan gaya hidup dulu dan sekarang memang berbeza
dulu mana-mana mahu pergi jalan, tak kesah, sebab wang sentiasa ada
Tapi sekarang .....hmmm nak keluar pun perlu minta wang dari orang, jadi bila perlu minta itu
faham-faham aja lah
mujurla, abang memahami, hehhehehe

Okeh la, idea tak berapa nak MARIIII...
TATA...

24 june 2011

Kembali Pulang

cinta yang dulu pergi kini datang kembali.... kekasih yang dulu hilang kini dia tlah kembali pulang akan ku bawa dia terbang damai bersama bintang (kangen Band)


Tidak ada apa yang boleh aku ucapkan selain dari SYUKUR pada mu ya allah,
Kau maha mendengar
Kau Maha Adil
Kau Maha mengetahui....

Alhamdulilah, kedukaan semalam telah pergi...
Pergi la jauh-jauh wahai si DUKA, aku tidak mahu lagi bertemu kamu...
Jangan sesekali kamu datang lagi.....

Mungkin aku juga yang salah
Aku kurang memahami
Aku terlalu mendesak mungkin
Bila tidak keruan, si iblis mula berbisik yang bukan-bukan
Alhamdulilah, apa yang aku fikirkan semua TIDAK BENAR
Cuma bisikan jahat yang hanya cuma mahu aku terus MENYERAH KALAH

Semoga aku kuat dalam mengharungi segala cobaan yang mendatang
Tidak ada tempat lain yang boleh kita mengadu nasib, hanya padaMU ya ALLAH...

Kebahagian Dalam Perpisahan

Dear Luqman,

"Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti"

Apakah perpisahan yang terbaik untuk kita???

Awak, kalau awak baca entry ni, kita cuma nak tanya, kenapa dengan awak?sebab kita call, kita mesej, awak tak reply pown? Awak marah ker dengan kita?Kita ada salah ker???napa lately awak tak nak layan kita?awak dah bosan ker?awak sibuk erk?awak dah tak sayang kita lagi?awak dah ada orang lain ker?kalau awak tak nak kita awak cakap la elok2 dengan mak bapak kita, kita ada adat, macam mana awak datang hantar cincin dulu, kalau awak nak kita pulang, kita boleh pulang, tapi cakap lah elok2, jangan lah diam jer macam ni...