BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Bukan simpati yang aku minta

Dear Kawan,
Aku tau kau sedang berfikir buruk mengenai keadaan aku yang sering juga menghadapi masalah kesihatan ini,

Percayalah, ini bukan lakonan, ini bukan buat-buat
ini benar2 kejadian,
yer, jika kau di tempat aku, kau juga akan rasa apa aku rasa

Dear Kawan,
bukan simpati yang aku minta dari kamu semua,
bukan, cuma aku minta sedikit tolak ansur dan sifat perikemanusiaan,
bukan aku minta kau kasihani aku, bukan.....

Dear kawan,
fahamila apa yang aku rasa,
fahamila apa yang aku lalui
setiap pagi pabila celik mata, akan ku terus berdoa, semoga aku akan terus bertahan,
bertahan, dengan keadaan jantung aku yang sebegini, tapi aku kuatkan hati juga ingin punyai seorang zuriat,
alhamdulilah, allah kabulkan doa aku, dia bagi aku peluang untuk rasai nikmat bulan2 awal kehamilan, dan aku terus berdoa agar bayi ini terus kuat tabah seumpama aku tabah, walaupun adakalanya, hingga nak bangun juga aku tidak berdaya...

Dear Kawan,
fahamila, aku sendiri, dalam keadaan aku yang sebegini,
aku harungi sendiri, yang ada cuma family,
suami jauh nun disana, aku tak ada teman mengadu, sakit pening aku adakalanya aku sembunyikan,
fahamila kawan,

Jika 1 hari nanti anda terbaca akan luahan hati ini,
bukan maaf maaf yang aku minta,
cuma 1 hari nanti, jika diberi peluang kau juga rasakan apakah itu "morning sickness"
ingatlah aku, dan dikala itu, mungkin juga aku masih terus melihat dunia, atau mungkin aku sudah tiada......


nukikan hati yang kecewa
27 jun 2012

Rindu.....

Dear Blog,
aku datang lagi kali ni,
aku datang ingin mengadu nasib
pada siapa lagi boleh aku mengadu,
jika aku mengadu pada manusia,
maka akan ditokok tambah lalu menjadi lain ceritanya,
hanya pada mu YA RABB aku mengadu,

Ya Allah,
belum pernah aku rasa rindu sebegini pada luqman,
ye sebelum ni aku akui, ada juga perasaan rindu itu,
tapi aku berlagak kental,
aku kuatkan hati untuk menafikan perasaan rindu itu,
tapi semua itu sebelum kahwin......

Setelah kawin ni, lagi2 diawal fasa mengandung ni,
aku rasakan kenapa la aku rindu sangat2 kat dia,
dugaan demi dugaan yang datang,
membuatkan aku lagi rindu pada dia,

Aku terasa, teringin seperti orang lain,
kebiasaanya, diawal mengandung ni,
pasti ada rasa mahu makan itu ini,
pasti rasa mahu suami yang carikan apa yang kita hajati itukan,
tapi.....
aku hanya boleh memberitahu luqman melalui telefon,
paling2 dia akan ckp, "nanti kita balik kita belikan awk ye"
bila baliknya itu, usah kau tanya la sidot,
dan bila tak dapat apa yang dihajati itu
mulalah, akan menangis.....
"arghhhh sidot, kau lembik, asyik nangis saja".....

Ketika aku diatahan di wad,
arghhh nak sangat2 dia datang,
tapi apakan daya,
bagaimana mahu berhubung dengan dia sedangkan tiada signal langsung
seperti biasa, aku hanya mampu menangis.

Pabila sudah keluar wad, dan dia sudah keluar dari hutan,
aku berharap hujung minggu dia akan pulang,
tapi tidak, oleh kerana kekangngan tugas,
aku terus bersendirian,
terus menjadi penunggu setia...
dan terus menangis..

Minggu ini, dijanjikan lagi untuk pulang,
belum pun masuk pertengahan minggu,
sudah dapat berita dia xjadi untuk pulang,
oleh kerana kekangngan tugas sekali lagi,
apa yang boleh aku katakan,
hanya mampu menangis

Arghhhh, sampai bila agaknya mahu sebegini,
semoga akan datang keajaiban 1 hari nanti.....
berharap dan terus berharap..........

20 JUNE 2012

awk busuk...

Dear Luqman,

sori kte xsengaja nak cakap awk busuk,
tapi tak tipu awk mmg busuk,
kte jadi pening kepala degan bau awk,
walaupun awk pakai perfurme hantaran yang kita bagi tu
tetap, awk bau busuk,
sori awk, hope awk xterasa dengan kita, sori sangat2...

Awk, sori la, kita memang mudah merajuk sekarang ni,
entah, xtau la mengada2 ke nk tunjuk perangai,
tapi sblm ni kte xmcm ni kn?

Sori merajuk aritu sebab awk tak nak belikan kita makanan,
kita tau awk dh penat,
tapi syg punye pasal, malam2 pown awk keluar belikan makanan untuk kita,
sori eh awk kalo kita mengada2,

Hmmm, bukan selalu awk ada kat rumah kn,
so sekali sekala kena buli,
xpe kan awk?
heeeeee................

13 may 2012

alhamdulilah positif

terima kasih ya allah,
kau memberi rezeki,
syukur......

tiada yang lebih menggembirakan pasangan suami isteri
pabila si isteri disahkan hamil,

bermula kisah apabila aku dengan kadar tiba2 demam,
mc 2 hari, selera makan juga hilang, lgsg xmahu makan,
ketika itu masih belum syak apa2
sehinggalah incik P lambat mari selama 4hari,
atas nasihat kakak, aku pergi ke watson membeli pregnancy test,

dan hasilnye, alhamdulilah, positif

                                                              ini hasil aku buat sendiri

ini hasil pergi klinik, alhamdulilah....


                                 kebetulan luqman ade di KL, best dilayan seperti princess, heeeeeee


tapi, didalam kegembiraan, tiba2 kami dikejutkan degan 1 berita, arghhh pagi subuh 9 may 2012, tiba2 aku bleeding, mahu tak terkejut, ku gegar suami, suruh bangun, time tue aku hanya mampu menangis sebab terkejut, jam 6 pagi sampai di dewan bersalin hospital ampang,


setelah pemeriksaan dilakukan, dan scan, alhamdulilah, janin masih kelihatan, aku menarik nafas lega, doc menasihatkan aku berehat tanpa melakukan kerja2 berat kerana aku lemah, mana kau xlemah sidot, makan pown kau xnak, bukan aku xnak makan, tapi tidak boleh masuk

                                    
                             itu dia, mc untuk 14 hari, doc menyuruh aku supaya berehat

ya allah, semoga aku terus tabah dalam melayari tempoh 9 bulan sehingga ke detik untuk melahirkan seorang khalifah kedunia ini, yer 1 benda lagi, aku perlu tabah untuk mengahadapi kemungkinan dimana aku perlu ke hospital sorang2, aku faham kerja luqman, aku faham, jadi isteri tentera perlu berhati kental, perlu berdikarai, yeay.....sekian....


11 may 2012

1st entry as preggy mummy,

Dia terima nikahnya....












Tepat jam 5.40 ptg 31 march 2012, dengan sekali lafaz, aku selamat diijabkabulkan sebagai isteri kepada muhd luqmanulhakeem, bermula dari ikatan sahabat, di teruskan dengan ikatan percintaan, dengan ikatan percintaan, dihalalkan pula dengan ikatan pernikahan, ya allah, semoga masjid yang baru kami bina ini, kekal hingga ke akhir hayat.....









Ri Ra Pu Sa

Dari ribu
Ke ratus
Ke puluh
Ke sa
Alhamdulilah, hari yang aku tunggu hampir tiba
Dan sekarang, hanya tinggal 3 hari,
Mohon segala urusan dipermudahkan,
Bukan nama yang aku cari,
Bukan glamour yang aku cari,
Cukupla segala urusan berjalan dengan lancar,
Para tetamu dating dan pulang degan perut yang kenyang,

"ya allah, permudahkan la segala urusan walimatulurus kami, jauhi la dari segala kejahatan yang boleh membawa cela pada majlis tersebut"

Curi Kasut

Tajuk entry nak gempak jela ko sidot....

Tara.....
Ada cerita disebalik kasut ni, sebenarnyer, aku nampak ada sorang pengantin pakai kasut ni time dinner di Al-Rawsha bulan lepas, time tue si pengantin bersiap di surau, aku pown tengok la dia bersiap, sekali terpandang akan kasut yang dia nak sarung tue, paappp, terus jatuh cinta pandang pertama, terus nak buat muka tak malu p tanya.

Eh tapi aku xgila nk pegi tanya, cuma tiba2 buat2 dekat kat pengantin tue dan ternampak dia pegang kotak ini

So aku tau mana dia beli, pantas google ade branch, okeh ada di alamanda, dan ketika beli merupakan hari anniversarry jadinya aku minta sebagai hadiah, so pau MLH, aku bajet RM300, lebih aku xmampu, so ble sampai di Alamanda, terus nampak and grab, heeee, promoter tue kata, every outlet come with 1 size, untung kasut nih masih rezeki aku, ade pula size 6, syukur....


Nota Kaki,
sori cik pengantin al-rawsha, aku curi kasut cantik ko, tapi curi idea jer, beli dikedai, heeee


15 march 2012