BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Bukan simpati yang aku minta

Dear Kawan,
Aku tau kau sedang berfikir buruk mengenai keadaan aku yang sering juga menghadapi masalah kesihatan ini,

Percayalah, ini bukan lakonan, ini bukan buat-buat
ini benar2 kejadian,
yer, jika kau di tempat aku, kau juga akan rasa apa aku rasa

Dear Kawan,
bukan simpati yang aku minta dari kamu semua,
bukan, cuma aku minta sedikit tolak ansur dan sifat perikemanusiaan,
bukan aku minta kau kasihani aku, bukan.....

Dear kawan,
fahamila apa yang aku rasa,
fahamila apa yang aku lalui
setiap pagi pabila celik mata, akan ku terus berdoa, semoga aku akan terus bertahan,
bertahan, dengan keadaan jantung aku yang sebegini, tapi aku kuatkan hati juga ingin punyai seorang zuriat,
alhamdulilah, allah kabulkan doa aku, dia bagi aku peluang untuk rasai nikmat bulan2 awal kehamilan, dan aku terus berdoa agar bayi ini terus kuat tabah seumpama aku tabah, walaupun adakalanya, hingga nak bangun juga aku tidak berdaya...

Dear Kawan,
fahamila, aku sendiri, dalam keadaan aku yang sebegini,
aku harungi sendiri, yang ada cuma family,
suami jauh nun disana, aku tak ada teman mengadu, sakit pening aku adakalanya aku sembunyikan,
fahamila kawan,

Jika 1 hari nanti anda terbaca akan luahan hati ini,
bukan maaf maaf yang aku minta,
cuma 1 hari nanti, jika diberi peluang kau juga rasakan apakah itu "morning sickness"
ingatlah aku, dan dikala itu, mungkin juga aku masih terus melihat dunia, atau mungkin aku sudah tiada......


nukikan hati yang kecewa
27 jun 2012

Rindu.....

Dear Blog,
aku datang lagi kali ni,
aku datang ingin mengadu nasib
pada siapa lagi boleh aku mengadu,
jika aku mengadu pada manusia,
maka akan ditokok tambah lalu menjadi lain ceritanya,
hanya pada mu YA RABB aku mengadu,

Ya Allah,
belum pernah aku rasa rindu sebegini pada luqman,
ye sebelum ni aku akui, ada juga perasaan rindu itu,
tapi aku berlagak kental,
aku kuatkan hati untuk menafikan perasaan rindu itu,
tapi semua itu sebelum kahwin......

Setelah kawin ni, lagi2 diawal fasa mengandung ni,
aku rasakan kenapa la aku rindu sangat2 kat dia,
dugaan demi dugaan yang datang,
membuatkan aku lagi rindu pada dia,

Aku terasa, teringin seperti orang lain,
kebiasaanya, diawal mengandung ni,
pasti ada rasa mahu makan itu ini,
pasti rasa mahu suami yang carikan apa yang kita hajati itukan,
tapi.....
aku hanya boleh memberitahu luqman melalui telefon,
paling2 dia akan ckp, "nanti kita balik kita belikan awk ye"
bila baliknya itu, usah kau tanya la sidot,
dan bila tak dapat apa yang dihajati itu
mulalah, akan menangis.....
"arghhhh sidot, kau lembik, asyik nangis saja".....

Ketika aku diatahan di wad,
arghhh nak sangat2 dia datang,
tapi apakan daya,
bagaimana mahu berhubung dengan dia sedangkan tiada signal langsung
seperti biasa, aku hanya mampu menangis.

Pabila sudah keluar wad, dan dia sudah keluar dari hutan,
aku berharap hujung minggu dia akan pulang,
tapi tidak, oleh kerana kekangngan tugas,
aku terus bersendirian,
terus menjadi penunggu setia...
dan terus menangis..

Minggu ini, dijanjikan lagi untuk pulang,
belum pun masuk pertengahan minggu,
sudah dapat berita dia xjadi untuk pulang,
oleh kerana kekangngan tugas sekali lagi,
apa yang boleh aku katakan,
hanya mampu menangis

Arghhhh, sampai bila agaknya mahu sebegini,
semoga akan datang keajaiban 1 hari nanti.....
berharap dan terus berharap..........

20 JUNE 2012

awk busuk...

Dear Luqman,

sori kte xsengaja nak cakap awk busuk,
tapi tak tipu awk mmg busuk,
kte jadi pening kepala degan bau awk,
walaupun awk pakai perfurme hantaran yang kita bagi tu
tetap, awk bau busuk,
sori awk, hope awk xterasa dengan kita, sori sangat2...

Awk, sori la, kita memang mudah merajuk sekarang ni,
entah, xtau la mengada2 ke nk tunjuk perangai,
tapi sblm ni kte xmcm ni kn?

Sori merajuk aritu sebab awk tak nak belikan kita makanan,
kita tau awk dh penat,
tapi syg punye pasal, malam2 pown awk keluar belikan makanan untuk kita,
sori eh awk kalo kita mengada2,

Hmmm, bukan selalu awk ada kat rumah kn,
so sekali sekala kena buli,
xpe kan awk?
heeeeee................

13 may 2012

alhamdulilah positif

terima kasih ya allah,
kau memberi rezeki,
syukur......

tiada yang lebih menggembirakan pasangan suami isteri
pabila si isteri disahkan hamil,

bermula kisah apabila aku dengan kadar tiba2 demam,
mc 2 hari, selera makan juga hilang, lgsg xmahu makan,
ketika itu masih belum syak apa2
sehinggalah incik P lambat mari selama 4hari,
atas nasihat kakak, aku pergi ke watson membeli pregnancy test,

dan hasilnye, alhamdulilah, positif

                                                              ini hasil aku buat sendiri

ini hasil pergi klinik, alhamdulilah....


                                 kebetulan luqman ade di KL, best dilayan seperti princess, heeeeeee


tapi, didalam kegembiraan, tiba2 kami dikejutkan degan 1 berita, arghhh pagi subuh 9 may 2012, tiba2 aku bleeding, mahu tak terkejut, ku gegar suami, suruh bangun, time tue aku hanya mampu menangis sebab terkejut, jam 6 pagi sampai di dewan bersalin hospital ampang,


setelah pemeriksaan dilakukan, dan scan, alhamdulilah, janin masih kelihatan, aku menarik nafas lega, doc menasihatkan aku berehat tanpa melakukan kerja2 berat kerana aku lemah, mana kau xlemah sidot, makan pown kau xnak, bukan aku xnak makan, tapi tidak boleh masuk

                                    
                             itu dia, mc untuk 14 hari, doc menyuruh aku supaya berehat

ya allah, semoga aku terus tabah dalam melayari tempoh 9 bulan sehingga ke detik untuk melahirkan seorang khalifah kedunia ini, yer 1 benda lagi, aku perlu tabah untuk mengahadapi kemungkinan dimana aku perlu ke hospital sorang2, aku faham kerja luqman, aku faham, jadi isteri tentera perlu berhati kental, perlu berdikarai, yeay.....sekian....


11 may 2012

1st entry as preggy mummy,

Dia terima nikahnya....












Tepat jam 5.40 ptg 31 march 2012, dengan sekali lafaz, aku selamat diijabkabulkan sebagai isteri kepada muhd luqmanulhakeem, bermula dari ikatan sahabat, di teruskan dengan ikatan percintaan, dengan ikatan percintaan, dihalalkan pula dengan ikatan pernikahan, ya allah, semoga masjid yang baru kami bina ini, kekal hingga ke akhir hayat.....









Ri Ra Pu Sa

Dari ribu
Ke ratus
Ke puluh
Ke sa
Alhamdulilah, hari yang aku tunggu hampir tiba
Dan sekarang, hanya tinggal 3 hari,
Mohon segala urusan dipermudahkan,
Bukan nama yang aku cari,
Bukan glamour yang aku cari,
Cukupla segala urusan berjalan dengan lancar,
Para tetamu dating dan pulang degan perut yang kenyang,

"ya allah, permudahkan la segala urusan walimatulurus kami, jauhi la dari segala kejahatan yang boleh membawa cela pada majlis tersebut"

Curi Kasut

Tajuk entry nak gempak jela ko sidot....

Tara.....
Ada cerita disebalik kasut ni, sebenarnyer, aku nampak ada sorang pengantin pakai kasut ni time dinner di Al-Rawsha bulan lepas, time tue si pengantin bersiap di surau, aku pown tengok la dia bersiap, sekali terpandang akan kasut yang dia nak sarung tue, paappp, terus jatuh cinta pandang pertama, terus nak buat muka tak malu p tanya.

Eh tapi aku xgila nk pegi tanya, cuma tiba2 buat2 dekat kat pengantin tue dan ternampak dia pegang kotak ini

So aku tau mana dia beli, pantas google ade branch, okeh ada di alamanda, dan ketika beli merupakan hari anniversarry jadinya aku minta sebagai hadiah, so pau MLH, aku bajet RM300, lebih aku xmampu, so ble sampai di Alamanda, terus nampak and grab, heeee, promoter tue kata, every outlet come with 1 size, untung kasut nih masih rezeki aku, ade pula size 6, syukur....


Nota Kaki,
sori cik pengantin al-rawsha, aku curi kasut cantik ko, tapi curi idea jer, beli dikedai, heeee


15 march 2012

Malas nak layan awak !


Awk,
bukan kita tak nak mesej awak,
kite saje jer, sebab nk biar kita rindu sangat2 kat awk,
kita jumpe nanti 31 march,

Awk,
bukan kita tak bagitahu awak mana kite pegi,
tggula awk jd suami kite, hari2 kte kena lapor diri

Awk,
bukan kita tak rindu awk, kita rindu sangat2,
tapi berlagak kental,kite tggu awk 31 march nih,

Awk,
bukan kita tak sayang awak,
cume memang saja nk biar awak cari2 kita,

so awak jangan lah kecik hati eh, saje jer.....

Kain Koyak

Pernah tak dengar pepatah, JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG?
pasti pernah bukan,
beginilah, sejak dua menjak ni, aku perasan, wujud golongan dimana
dia hendak memperbetulkan orang sedangkan diri dia sendiri tak betul,
so layak ke kita dengar nasihat dia eh?

Bukan main kau mengeluarkan fakta seolah-olah kau lah ustazah pilihan,
tapi hakikatnya, kau juga jalan senget,
bukan maksud entry ini nak menunjukan aku tak boleh ditegur,
tapi, bila nak menegur orang, fikirlah diri sendiri, sempurna kah kita untuk menegur orang?

Memang niat kau baik cuba menegur,
tapi, sudah cukup kau buat kajian tentang diri kau?
kau menegur orang, batas batas pergaulan lelaki dan wanita dalam islam,
tapi bila di godek dalam facebook ko, wowwww, gambar lentok sana, pegang tangan segala,
hmmmmm, islam benarkan kah berbuat sedemikian rupa sebelum kau sah bergelar suami isteri?
tidak bukan?

Aku mengaku, ilmu aku tidak banyak mana,
tapi aku masih boleh membezakan mana baik mana buruk.....

1 hal lagi, tabiat suka nak blocked orang di fb, twitter mahupun BBM,
apa salah pown tak tau,
mungkin setelah sipemBLOCKED kaji di FB
yang si mangsa blocked ini ade sedikit lebih dari beliau,
ehhhh, perangai macam budak tadika tahu tak,
cm dulu umur 5tahun "oooo, ko ade basikal baru, aku tak nak kawan ko"
okeh seumpama ini la perangai ko,

Dan 1 hal lagi, bila kau beri pendapat, semua orang perlu kata YA pada pendapat kau,
sedangkan pendapat kau tue ada yang menguris hati dan perasaan orang kau tak sedar....
hmmm begitu la manusia, tak boleh tengok orang lebih sikit,
pasti PHD keluar,
udah2 la tu jah, tak guna berdengki khianat nih, allah xsuka tahu tak,
so 1 je la aku nak cakap, adalah lebih baik kau tengok kekurangan diri ko sebelum kau tengok kekurangan diri orang lain....sekian....

7 march 2012

kite tunggu awak....

Comel tak MLH sy?hahaha...(sila lah cebik bibir)...
MLH dah pandai eja nama aku dengan betul, tahniah awak,hahah....
pada tarikh entry ini, ada lebih kurang 25 hari lagi....

Hati-hati okeh awak drive balik kuantan malam nih,
ikot hati xnak bagi awak balik malam nih,
bahaya, gelap, nanti awak mengantuk mengantuk,
nanti awak bedal bawak laju2,tambah lagi koleksi saman
nak buat macam mana, awak terpaksa balik jugak...

Kita doakan perjalanan awak selamat dan selalu dilindungiNYA,
kita doakan semua urusan borang kita dipermudahkan....

Kita tunggu awak 31march nih,
xsabar nak tengok awak pakai baju melayu putih tue,
heeeee......




5 march 2012

Wedding Checklist

Kau orang percaya tak,
aku tak ada wedding checklist?
percaya x?
percayalah kerana ini adalah kenyataan...

Tiada checklist seumpama "artis"
cuma benda penting yg telah terlist di dalam kepala hotak...
yang remeh2, maaflah, gua xmampu...
aku nih pengantin bajet....

Bukan xnak yang glamour2
tak pela, kan pepatah dah cakap ukur baju dibadan sendiri,
so sedar la diri kn....
xpelah, asalkan aku gembira....

Guest Checklist juga aku tiada,
semua pown dengan seikhlas hati aku jemput,
tak perlu nak membeza2 kn sesiapa....

Selamat Datang



Selamat datang march

lihatlah, penuh bukan main

huh....nak bernafas pown xckup rasenyer.....


Dear march,

please be nice to me,

i will miss this 2012 march....




1st March 2012

Sunnah Sikat Rambut

Sekadar berkongsi

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.
sg furat
Kredit by: Dzulkarnain Taib

"eh xsangka dah nak kawin'

okeh, semenjak 2 menjak nih,
aku selalu dapat statment seperti ini,
"eh xsangka dah nak kawinn"


Persoalan yang bermain diminda aku,
hmmm bagaimana yang disangka untuk berkahwin itu?
bertunang dengan majlis besar besaran?
dicanang diSAENTERO dunia?
macam tue kah yang disangka untuk berkahwin?

Tapi xbagi aku, cukuplah membuat mana yang wajib,
utamakan yang wajib,
bukan aku xder majlis bertunang, ade, cuma insyallah aku akan jadi tunangan MLH hanya beberapa jam sebelum diijabkabulkan...

Entah, memang dari awal aku nak macam ini,
yela, jujur aku cakap, aku nih pengantin bajet, lagipown kekangan masa selalulah menjadi masalah kami,jadi kami xnak ambik risiko, pilih untuk macam ni, berdiam lebih baik, bila dah hampir, baru diwar-warkan...

Kadang2 binggit juga org asyik bertanya camni,
suke hati korang la nk pk ape sbb aku trus nk nikah,
mulut orang, mana boleh nak tutup kan....




27 feb 2012

4 tahun...



Dear blog,
arini sudah 4 tahun usia perhubungan kami,

sekejap kan,

"eh ckp memang sekejap,tapi yang menghadap?"



Dear Muhd Luqmanulhakeem,

awk, xsangka kn dh 4 tahun kita sama2,

selama 4 tahun awk curi hati kita tak pulang2 kn pown,


Dalam masa 4 tahun,

banyak kan susah senang kita sama2,

jatuh bangun awk, kita sama2 ,

dari zaman awk kadet, sampai lah sekarang,

alhamdulilah, allah panjangkan jdoh kita....


Dalam masa 4 tahun,

dan kita masih membilalng ke hari bahagia kita,

dengan izin allah, kita akn disatukan nanti,

awk jadi suami kita, kita jadi isteri awk,

seronok kn.....


Dalam masa 4 tahun ni,

kita tak pernah lupa janji kita kt awk,

kita akn selalu ada kt belakang awk, samada awk susah atau pown senang,

alhamdulilah, kita tak pernah mungkir janji kn awkk,

awk pown sama, xpernah mungkir janji time 1st sekali awk jumpa mama n abah ckp nak jaga kita, terima kasih awk....


Dalam masa 4 tahun ni,

awk xpernah pown ingat tarikh2 penting kita,

xperla, kita tau banyak lagi benda awk nak ingat,

tipulah kalau kata kita tak xkecik hati,

xperlah, kita okeh jer


Dalam masa 4 tahun ni,

kita xpernah pown harap dinner kt hotel 5star,

hadiah yang mahal2,xpown awk, ckup la kita tengok awk happy,awk senyum,

walaupown kita cm merajuk2, tp tu lumrah seorang perempuan....

ok lah, kita xtau nak merepek apa lagi,

hope awk baca entry nih,



nota kaki,

awk, kita nak awk tau, selagi masih ada bulan dan matahari, selagi tue la syg kita kt awk xkn pernah hilang, luv u bakal suami....






24 february 2012












48 days to go

Hello blog,
lama sungguh xsinggah sini, bz mungkin, atau lebih tepat lagi, aku sudah ketandusan idea,
sebab dalam kepala hotak aku sekarang cuma tertumpu pada 1 april,
"eh ada apa dengan 1 april sidot"? ade april FOOL, haha...

Okeh pada tarikh entry ini ditulis ade lebih kurang 48 hari lagi untuk ke 31 march, errrr, secara jujurnya, aku ada banyak DRAFT entry,
heeee, kan telah diberitahu, oleh sebab kekangan masa dan juga ketandusan idea, haha

Mesti semua orang nak tahu pasal persiapan kan?
"eh sidot, ko ingat lo lisa surihani and yusri yang orang nak tau pasal persiapan?"
hahah, ok lah, semua berjalancar seperti yang dikehendaki, alhamdulilah,

Eh tgk, idea dah ilang, korang bagi aku idea boleh tak?
ok la aku akhirkn entry merepek ini dengan wasalam,
hahahahhaha, aku bosan sebenarnyer nih,
entry dipos menggunakan lappy opis, agaagaga



10 feb 2012

Terima Kasih

Ya allah,
terima kasih,
kau kurniakan aku sahabat yang berhati mulia,
keluarga yang sangat mengambil berat,
kekasih yang baik hati,

Dear Sahabat,
tak perlu aku mention nama disini,
kamu semua berhati mulia,
terima kasih,
aku tak terbalas jasa kamu semua,
semoga allah sahaja yang balas,

Terima kasih sahabat,
sejak dari zaman aku belajar lagi,
bila masa aku di duga dengan sedikit sakit,
alhamdulilah, aku dibantu oleh sahabat2 yang berhati mulia,
sekali lagi, TERIMA KASIH SAHABAT,

Bukan niat aku nak menyusahkan,
bukan niat aku nk belas kasihan dari kalian,
tapi percayalah, dugaan allah datang pada bila2 masa,
jika kita sudah tidak diduga, demikian,hidup tidak sempurna lagi,

Terima kasih sahabat,
hari ini hari aku susah,
esok lusa, jika ada sahabat yang susah,
insyaAllah, allah beri aku kekuatan bantu mereka pula,
TERIMA KASIH SAHABAT,

Terima kasih keluarga,
ya allah, aku beruntung dapat keluarga yang sangat mengambil berat,
ketika aku membuka mata setelah diperiksa doktor,
ku lihat abg long sudah berada disisi,
ya allah, sebak dada, mana nak jumpa seorang abang yang begitu,
dari PWTC, dia memecut motornya hingga ke sungai Buloh,
TERIMA KASIH ABG LONG,

Dikala kepala pening-pening lalat,
kak dayah sudah disisi,
TERIMA KASIH KAK DAYAH DAN SUAMI,
jauh juga kamu berdua datang ke sungai buloh,
terima kasih,

Terima Kasih Kak ayu,
orang pertama yang mendapat berita,
Terima kasih mama, hingga menitiskan air mata kerisauan,
terima kasih abah, berjaga hingga ke larut malam, pastikan aku tidur nyeyak

Terima Kasih KEKASIH
Terima kasih awk atas kerisauan yang awk tunjuk,
awak call sana sini, awak bbm,
sori awk, kte xreply, xdaya nak reply,
terima kasih awk, sbb kita tau awk syg kita,
kita tau awk tak nak kita sakit,
TERIMA KASIH,
kita tak harap awk dtg, kita tau awk jauh,


Percayalah, jika kita berbuat baik dengan orang, insyallah, akan ada insan mulia yang tampil membantu, dikala kita kesusahan.....

Terima Kasih,

19 Jan 2012