BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Usaha vs Berdikari...

Salam,
Mesti kita sudah biasa mendengar pepatah, USAHA TANGGA KEJAYAAN,
jika kita malas usaha, kita akan ketinggalan....
cuba hayati bait-bait lirik lagu ini....

Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
(Standing in the eyes of the world-ELLA)

Pada aku lah, ini adalah lagu SEMANGAT untuk diri aku,
sumpah, kalau korang hayati lirik lagu nih, memang banyak maknanyer...

Aku dari kecik dah diajar untuk berusaha,
aku bukan anak orang kaya, dimana mintak wang akan terus dapat,
jujur aku cakap, mama and abah dulu kerja kilang jer,
pergi kerja naik motor,
tapi sampai mati aku akan ingat pesan dorang
"kami tak ada harta nak tinggal untuk anak-anak, tapi kami nak tinggalkan pelajaran"
mula-mula aku tak terifikr jugak la,
tapi bila aku dah besar, yer baru aku faham, buat apa tinggal harta kalau tak ade pelajaran, mak bapak belum mati kau orang dah gaduh2 rebut reta....
bila mak bapak kau orang tinggal pelajaran, insyallah, korang boleh cari harta korang sendiri....

Sejak dari kecik memang aku jenis suka untuk berusaha,
telah aku perkatakan, aku bukan anak orang kaya,
dulu aku mahu beli apa-apa aku akan kumpul dari duit raya,
aku tak suka mintak-mintak,

Ketika zaman pelajar juga,
aku akui, aku memang tak pandai,
tapi aku berusaha untuk belajar, aku tak pernah PHOTOSTAT notes orang
aku buat notes sendiri, sebab apa yang aku tulis aku jer faham,
alhamdulilah, tamat juga...

Sedia maklum, aku juga buka sesihat mana pun,
tapi aku Usaha, tak pernah pown nak menyusahkan orang lain,
walau dulu pernah ada sindiran sinis oleh seorang kawan MLH
yang aku ini cuma akan meyusahkan sajer, persetan la kau....
bila lepas aku sakit tu, abah nak aku ade depan mata dia,
tak nak anak aku sambung degree,
tapi aku buktikan, aku berusaha, aku nak tunjuk aku boleh...

Ketika waktu mencari perkerjaan,
ya allah, 1 tempoh yang betul-betul kadar usaha aku diuji...
pergi interview sana sini, tapi masih tidak diterima, sampai 1 tahap aku jadi putus asa,
mama cakap "sabarlah belum rezeki, usaha la lagi, jangan lupa minta padaNYA..."

Insyallah, aku akan balas semua jasa mama and abah yang selama nih dah banyak BERUSAHA untuk kami 5 beradik...Mereka dah buktikan walaupun mereka hanyalah pekerja KILANG dimana ketika sekolah rendah aku malu, tapi sekarang aku bangga dengan dia orang, walaupun kerja kilang, aku tak pernah kurang makan atau kurang pakai....1 lagi pesan mama, kalau dah kerja, gaji rm1000, kita pakai rm999, kita masih selamat, tapi kalau kita pakai rm1001, kita kan susah...biasalah ibu kita 1, tapi pesannya beribu-ribu,

5 aug 2011