BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tidak Cukup Aman kah?

Kenapa perlu ada mereka yang mahu mengganggu gugat keamanan yang sedia ada ini?
Adakah mereka-mereka ini tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada jika dibandingkan dengan negara-negara lain?
Politik jalanan bermaharajalela...
Tidak kah mereka fikir akan sebab dan akibat perbuatan mereka itu?
banyak pihak akan susah dengan apa yang cuba mereka lakukan
perniaga rugi ratusan ringgit, si pemandu teksi tidak ada penumpang, apakah ini semua?
lupakah mereka bagaimana susah pemimpin-pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan?
Lupakah mereka?

Mahukah kita menjadi seperti negara jiran?
Puak baju merah, puak baju kuning?
Kekacauan berlaku, pertumpahan darah berlaku?
sektor ekonomi menjadi lemah, pelancong menjadi takot untuk berkunjung
seperti itu kah yang mereka inginkan?
sudah bosankah mereka dengan keamanan yang ada sekarang ini?

Wahai bangsaku, wahai rakan seagamaku, sedarlah
apa yang kamu semua cuba lakukan ini tidak betul
mengapa kita perlu mengikut telunjuk si dia,
hanya bangsa kita yang memekik-mekik
sedarlah....

Jangan sampai negara kita tergadai dek kecetek kan akal segolongan pihak..
Bersihkan lah minda anda...
Bersihkan lah fikiran anda....