BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Idea "gila"

Gambar ehsan google Images, tapi di sinilah lokasi kejadian..

Cuba perhatikan lorong di atas, sudah pasti ramai yang mengetahui bukan
syurga membeli belah bagi warga kota, JALAN TAR
arghhh mungkin sudah tersilap masuk lubuk agaknya...

Selalunya datang disini mesti akan parking di Semua House
Tapi mula-mula mahu mencuba parking di Pertama Complex
betul-betul marah kerana tidak menaikan sebarang tanda mengatakan parking penuh
2 3 pusingan dibuat masih tiada kosong, terus keluar...

Menuju ker Semua House, betul-betul lupa ada Pasar Malam pada setiap Sabtu
Hampir 15min terkandas di lorong itu
terkandas oleh kerana Lautan Manusia yang tidak mahu mengalah dengan kereta
jika ada tanda mengatakan lorong itu ditutup, tak perla..
tapi jalan masih dibuka untuk lalu lintas
tapi.....
tekanan jugak lah, tengok orang melintas sesuka hati, berpimpin tangan, sambil mengunakan telefon bimbit, melintas seakan-akan tidak melihat kiri dan kanan...
"Kau bayangkan, kereta kau memang tak boleh bergerak, kau lepas break dan break kembali, 15min, agak lama tu"...
rasa mahu tekan honk, tapi nampak macam batak keluar pekan pula, adoiiii...

Tiba2 idea gila datang kerana tidak tahan duduk lama-lama lagi dalam kereta
dengan selumber suruh en.bf turun dari kereta dan sepantas kilat aku tukar ke posisi PEMANDU, dan en.bf dengan selumber menyekat orang ramai supaya berhenti seketika, hahahha, kau orang tau tak aku dalam kereta memang nak gelak-gelak jer rasa, hahahhaha...
Akhirnya mereka mengalah dan memberi laluan kepada aku, hahhhh..ambik kau, kalau aku tak buat idea gila tu, memang stuck kat situ sampai 1jam...kahkahkah...
Sumpah sampai bila-bila tak akan lupa...Memang tak ingat nak snap pic ker apa, sebab pk nak lepas jer...hahhaha...tq my dear darling sebab bertukar kerjaya sekejap dari askar ke "polis" tak bertauliah...Mesti orang-orang kat luar cakap kami gila kan...Pi la lantak....asal LEPASSSSS...


26 June 2011