BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Adik nak beli apa???

Masuk ke sebuah kedai menjual peralatan si Tentera

Prap...Daun pintu ku tolak, disapa oleh seorang kakak yang baru sahaja membuka Bekas makanan yang penuh dengan lauk pauk yang enak belaka, tapi terlihat didalamnya ada seekor IKAN KELI yang begitu sihat, errrr, maaf, saya tidak makan ikan keli.

Dialog...

Kakak Keli : " Adik nak beli apa??"

AKu : "Kak saya cari benda yang, arghhh jap2, saya lupa nama benda tu, kejap yer kak"
(kakak keli merenung seperti tidak puas hati, lantas menutup bekas makanannya)

Kakak Keli : dik, ko cari apa sebenarnya?

Aku : Dan terus mendail nombor si bf, arghhh tidak berjawab, 3kali panggilan juga tidak berjawab, lalu kakak keli kelihatan berang

Kakak keli : "dik, ko nih nak beli ker tak??"

Dengan tiba-tiba si bf menjawab telefon............Rupa-rupanya benda ini la yang dimaksudkan...


Dan sekarang aku tidak akan lupa lagi apa nama benda ini, weeee, semasa menekan mesin cashier, dia sempat lagi membebel kepada aku,

Kakak Keli : " Kalau nak jadi bini askar, kena la tau dik"

Dalam hati aku juga mengomel, "eh aku belum jadi bini dia lagi, so apa perlu aku ambil tahu benda-benda sedemikian rupa, kan lebih bagus aku mengambil tahu hal-hal seperti, apa gaya terbaru shawl, apa fesyen terbaru skirt?kan lebih berbaloi-baloi...hahahhaha.............Tapi aku bermurah hati dengan menghalalkan RM0.50 aku kepada Kakak Keli itu, Sori yer kak, jangan marah-marah...hehehehe

Saturday, 14 May 2011