BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Buku Biodata

Sedang seronok mencari sesuatu di rak buku, tiba-tiba saya terjumpa akan benda ini,

helaian demi helaian aku selak, lepas itu tiba-tiba memori kembali pada umur saya 12 tahun, hahahha, lucu sungguh.............

Kepada kawan-kawan seangkatan masihkah kamu orang ingat pada zaman kegemilangan BUKU BIODATA??masih ingat kah???maklumlah pada zaman kami masih belum ada FACEBOOK,sedangkan pada zaman sekarang budak seawal darjah 1 juga sudah mempunyai FB mereka sendiri, seawal darjah 1 sudah mengenal apa itu iPad, pada zaman kami, semua itu tidak wujud. Okeh berbalik pada buku biodata, mari kita mengimbau kenangan lalu, si pemilik buku akan memberi buku pada rakan-rakan, mungkin 2 3 hari untuk mereka menuliskan sesuatu pada buku tersebut, korang masih ingat lagi tak???antara isi-isi wajib yang perlu ada

1) Nama penuh
2) Alamat
3) Kenangan Pahit, Kenangan Manis
4) Musuh, Kawan Baik
5) Ucapan,
6) Cita-cita
7) Lirik lagu pilihan
8) Makanan kegemaran
dan banyak lagi la, dan paling best, pada buku tersebut pasti akan ditulis dengan pen yang berwarna-warni, hah masih ingat lasgi tak???hahahahha, tapi pada zaman itu, seolah-olah menjadi trend untuk mempunyai PEN WARNA WARNI YANG BERKILAT, masih ingat lagi tak???hahhaha, itu memang wajib rasanya..........





Sedekah.


Salam hai...

Manusia tak semua dilahirkan dalam keadaan yang senang,
ade mereka yang terpaksa meminta sedekah untuk sesuap nasi,
ya allah, kesian....
kita makan sampai buang-buang, sedangkan ada orang yang berlapar....

Mama selalu pesan, jangan lokek untuk bersedekah, walaupun RM1,
mama kata aku dari kecik memang suka nak bagi sedekah kat orang,
kalau pergi mana-mana, aku akan tarik2 baju mama untuk mintak sedikit wang untuk didermakan,
"yerlah time 2 aku manalah ada duit"
mama pesan lagi, kalau kita buat baek dengan orang jangan harapkan balasan...
n mama cakap, kalau kita rajin bersedekah, walau susah macam mana pun pasti akan ade rezeki kita..

Antara pengalaman,
1) Zaman students dulu, memang dah kering kontang, ketika DIPLOMA saya pkai biasiswa PAMA, xder loan, memang nak mintak 2 kadang2 lambat, jadinyer nak makan pada hari tersebut memang langsung tiada wang, tiba2 pkai seluar jeans, seluk2 poket, pap, ade RM20, ya allah syukur sangat, sebab seingt aku, 3hari sebelum aku ade menderma pada seorang makcik buta di jalan TAR, tengok 2, allah s.w.t bayar kau cash beb...

2) Ketika membilang2 lagi untuk gaji, aku memang ada wang yang cukup-cukup, tak perlah aku xlokek menderma di sebuah bazar ramadhan, tiba-tiba effa si penumpang kereta memberi wang RM20, ya allah aku bersyukur, ada rezeki aku, malam pula seorang teman meminta aku untuk mengantarkan ker hentian, aku memang ikhlas, sedikit pown aku xmintak dibayar atau apa2, tapi alhamdulilah dia memberi aku RM20, kau orang tengok, kau derma RM1, balasan RM20...

Tapi janganlah kau orang pasang niat awal2, okeh aku derma RM1, sidot kata dapat pulang RM40, JANGAN...niat kena ikhlas...allah maha adil...

Ingatlah, TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.



19 Aug 2011

Kucing

Tiba-tiba dengan tidak sengaja tertendang meja akibat terkejut oleh kerana KUCING,
Okeh, aku memang ada 1 masalah takot pada kucing, (takot kucing, gedik nyer kau ni sidottt)
ini bukan gedik, tapi semulajadi.........
(maaf penggemar kucing)........

Selepas tertendang meja dan adalah sedikit jeritan manja seperti, "mak kau kucing", kau rasa manja ker macam tu sidooottt?hahahha
Orang sekeliling memandang dan mungkin mereka memikirkan bahawa"eh gedik la kau nih", kucing pown nak takot, ulang suara, AKU MEMANG TAKOT KUCING..

Cuba la tanya kenapa kau takot sidot

1) Dulu kecik-kecik2, aku pernah kurung anak kucing dalam teksi buruk sampai kucing tu mati, so kawan aku cakap nanti dia datang cari kau, okeh tu yang buat aku takot, telah diperkatakan aku memang nakal ketika kecil.

2) Dulu suka letak tali pada kayu dan kacau-kacau kucing, supaya boleh tengok dia melompat-lompat kejar tali tu, sekali aku kena cakar, padan muka, hahhahah

3) Tertendang meja juga, kerana betul-betul terkejut dengan bulu kucing............

Tapi berbeza dengan si L, kenapala dia suka kucing, kalau jumpa kucing pasti akan dipegang-pegang, membiarkan sahaja kucing itu meleseh dikakinya, kalau aku dah lama lari............hahahha


Tuesday 17 may 2011

Dear Luqman.......



LIRIK LAGU AISHITERU(Aku Cinta Kamu)-ZIVILIA BAND

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
kupercayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
saat ku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)


Adik nak beli apa???

Masuk ke sebuah kedai menjual peralatan si Tentera

Prap...Daun pintu ku tolak, disapa oleh seorang kakak yang baru sahaja membuka Bekas makanan yang penuh dengan lauk pauk yang enak belaka, tapi terlihat didalamnya ada seekor IKAN KELI yang begitu sihat, errrr, maaf, saya tidak makan ikan keli.

Dialog...

Kakak Keli : " Adik nak beli apa??"

AKu : "Kak saya cari benda yang, arghhh jap2, saya lupa nama benda tu, kejap yer kak"
(kakak keli merenung seperti tidak puas hati, lantas menutup bekas makanannya)

Kakak Keli : dik, ko cari apa sebenarnya?

Aku : Dan terus mendail nombor si bf, arghhh tidak berjawab, 3kali panggilan juga tidak berjawab, lalu kakak keli kelihatan berang

Kakak keli : "dik, ko nih nak beli ker tak??"

Dengan tiba-tiba si bf menjawab telefon............Rupa-rupanya benda ini la yang dimaksudkan...


Dan sekarang aku tidak akan lupa lagi apa nama benda ini, weeee, semasa menekan mesin cashier, dia sempat lagi membebel kepada aku,

Kakak Keli : " Kalau nak jadi bini askar, kena la tau dik"

Dalam hati aku juga mengomel, "eh aku belum jadi bini dia lagi, so apa perlu aku ambil tahu benda-benda sedemikian rupa, kan lebih bagus aku mengambil tahu hal-hal seperti, apa gaya terbaru shawl, apa fesyen terbaru skirt?kan lebih berbaloi-baloi...hahahhaha.............Tapi aku bermurah hati dengan menghalalkan RM0.50 aku kepada Kakak Keli itu, Sori yer kak, jangan marah-marah...hehehehe

Saturday, 14 May 2011

Tidak Keruan..

Salam,
Haloo blog,
sori blog, kesian kau, sudah bersawang-sawang
lama tak update...

Aku cuma ingin mengadu nasib
apakah agaknya yang sedang menganggu fikiran ini
ibarat, diluah mati mak, dibuang mati bapak
arghhh, sukar nya...

Adakalanya terasa kosong jiwa ni
adakalanya berkecamuk sungguh rasanya,
puas sudah mencari punca dan sebab, tapi masih buntu

Hati semakin lelah, jiwa semakin layu
Air mata menjadi teman setia
Jiwa makin kosong tanpa rasa
Arghhh, kemanakah perginya kegembiraan lalu?
Pulangkan kembali kegembiraan itu...

Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa,
Insyallah, allah s.w.t akan membantu hambanya yang tidak putus-putus
untuk terus meminta...

Wahai si Asing...
Tolonglah, pergi jauh2
anda tak diperlukan, anda tiada ruang
anda masih muda, janganla buat angkara..


Tuesday, 10 may 2011