BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Cerita Zaman Kanak-kanak

Semua orang pasti melalui alam kanak-kanak bukan
Alam dimana kita comel, apa yang dilakukan segalanya kelihatan comel
tapi jangan cuba lakukan perangai kanak-kanak bila anda sudah didewasa
kelak anda akan dibenci, kerana perbuataan tersebut kurang comel,

Alam kanak-kanak kita selalu gembira
walaupun letih, pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam mengaji
penuh bukan jadual, cuba bandingkan dengan zaman di U, jarang untuk ada class yang penuh sepanjang hari, jadi, zaman kanak-kanak lagi memenatkan sebenarnya...
Tapi, alam itu seronok, mahu diulang kembali rasanya...

Alam kanak-kanak aku berbeza dari yang kanak-kanak lain
saya mempunyai masalah jantung berlubang, mahu main apa-apa juga tidak boleh
malah mahu berlari berkejaran juga tidak boleh, hanya boleh melihat dari jauh sahaja
ketika itu terasa mahu sangat menaiki basikal, mahu sangat basikal sendiri
ketika itu arwah nenek berjanji, kalau saya berani untuk jalani pembedahan jantung
nanti dapat basikal, hoooorrayyyy, gembira sungguh
akhirnya, dapat juga, setelah sihat keliling kampung ronda-ronda dengan basikal

Aku memang nakal, suka berbasikal keliling kampung
masih segar dalam ingatan, arwah nenek akan tunggu dihujung simpang
dengan batang pokok jambu dan dia akan melibas, zaPPPpppp, cuba untuk mengelak
bedebek jatuh, rabak lutut, hahahha, 1 lagi peristiwa, bila turun bukit, gagal untuk mengwal basikal, berdebushhhh, masuk longkang terus, hahahaha, dan 1 lagi peristiwa tak dapat nak lupakan adalah, aku Lastik mata sorang budak lelaki ini, apabila dengan sengaja dia memangil aku SINGA kerana rambut aku kembang, cisssssss, apa lagi, hambik kau, lepas lastik lari terus balik nyorok belakang almari, mama tanya kenapa, aku pun cerita aku sudah lastik dia, mama pergi mintak maaf pada ibu beliau, CIKGU AMNA, hah nama anak dia aku lupa, tapi memang puas hati, hahahahhaha

Hah bukan aku seorang sahaja yang nakal, en.bf juga sama,
bila mendengar kisah kanak-kanak beliau dari ibunya, terhibur juga
hahahhaha.........

1) Dia pernah tersangkut kepala pada pagar rumah jiran, ketika 5 tahun, "kecik nyer kepala awk, boleh lepas masuk kat celah pagar tu??" ish2...

2) Terkena paku dikepala, ketika sedang bermain, adoiii, xsakit ker,

3) Megepit ekor kucing,dengan apa tidak pasti, kucing itu tidak berhenti "menjerit", hahahha,

Hah banyak lagi, seronok bukan jika difikir-fikir pada zaman kanak-kanak, tiada masalah, apa dibuat comel belaka..cuba kau buat sekarang, masukkan kepala dicelah pagar, lastik anak orang, cuba la buat, silap2 kau balik kena lastik,hahahahhahaha,


Sunday, 3april 2011