BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Buah Dalam Perahu



Masih ingat lagi kah pada pantun ini?

sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu suruh makan saya makan.. suruh mengaji saya tak tahu
(eh i pandai okeh mengaji)

Okeh sebenarnya saya nak bercerita mengenai buah keranji
agak-agak, berapa ramai yang kenal buah keranji tu???
sila la angkat kaki
hahahahha

Tadi tengah bosan-bosan kat office
pergi la berjalan-jalan dari table ke table
hah di pelawa oleh seorang kakak untuk makan buah keranji tu
mula-mula pelik, bila tanya buah apa nih
dijawab dengan selumber dengan seorang abang disana
"tu buah perahu"
saya bertanya lagi, "macam mana nak makan???"
abang tu menjawab, "makan dengan kulit dia", kulit boleh makan
dengan slumber saya makan dengan kulit-kulit sekali
Lepas tu kena gelak, dia kata "kenapa percaya cakap abang??", Kopik dulu la
hahahahhaha, patutla pahit, ceh...makan kulit dia daaaa
Malu-malu

Sorila, saya ni orang kampung
mana nak kenal BUAH KERANJI tu
kui2,
tapi rasanya agak pelik
nak kata masam tak masam, nak kata manis tak manis


Ini la rupanya buah keranji, macam choclate pun ade, hehehe, okeh lepas ni saya dah kenal buah keranji


Ini isi dalam dia, ade biji didalam, lebih kurang macam asam jawa tu